CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PLUS: Cuti panjang Hari Pekerja, Hari Wesak lebuhraya dijangka sesak

30-4-2015 11:18 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 13124| Komen: 76



KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan orang ramai yang bercadang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan supaya merancang perjalanan sempena cuti umum Hari Pekerja dan Hari Wesak dari 30 April hingga 5 Mei ini. "PLUS menjangkakan jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan akan meningkat berbanding hari-hari biasa dan PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan mengikut jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA)," katanya dalam kenyataan di sini. TTA ialah jadual perjalanan berperingkat bagi destinasi tertentu di lebuh raya kendalian PLUS, bertujuan bagi mengelakkan orang ramai terperangkap dalam kesesakan di laluan utama, kawasan rehat dan plaza tol. Di samping itu PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mendapatkan maklumat trafik di talian bebas tol PLUSLine 1800-88-0000, laman Twitter PLUSTrafik atau memuat turun aplikasi 'PLUS Mobile' menerusi telefon pintar.

Antara cadangan waktu perjalanan pada 30 April hingga 2 Mei, orang ramai dari Lembah Klang yang ingin menuju ke Perlis dan Kedah (Kangar dan Alor Setar) serta ke Johor Selatan (Johor Baharu dan Kota Tinggi) dinasihatkan memasuki lebuh raya antara 6 pagi hingga 8 pagi. Dari Lembah Klang menuju ke Pulau Pinang (Kepala Batas, Butterworth, Georgetown dan Bayan Lepas) dan Johor Utara (Batu Pahat, Segamat dan Muar) dicadangkan memasuki lebuh raya antara waktu 8 pagi hingga 11 pagi. Pengguna dari Lembah Klang menuju ke Perak Utara (Taiping, Kuala Kangsar dan Gerik) dan Melaka (Jasin dan Bandaraya Melaka) antara 11 pagi hingga 2 petang manakala pengguna dari Lembah Klang menghala ke Perak Tengah (Ipoh) dan Melaka (Alor Gajah) dari 2 petang hingga 6 petang. Pengguna yang ingin memasuki lebuh raya dari Lembah Klang menghala ke Perak Selatan (Bidor, Tapah, Teluk Intan, Lumut dan Tanjung Malim) dan Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Port Dickson dan Seremban) dinasihatkan melakukan demikian selepas 6 petang.

Bagi perjalanan kembali ke Lembah Klang pada 3 Mei hingga 5 Mei, cadangan waktu bagi memasuki lebuh raya dari Perlis dan Kedah (Kangar dan Alor Setar) serta dari Johor Selatan (Johor Baharu dan Kota Tinggi) bermula dari 6 pagi hingga 8 pagi. Orang ramai dari Pulau Pinang (Kepala Batas, Butterworth, Georgetown dan Bayan Lepas), Perak Tengah (Ipoh), Johor Utara (Batu Pahat, Segamat dan Muar) serta dari Melaka (Alor Gajah) dicadangkan memasuki lebuh raya antara waktu 10 pagi hingga 2 petang. Pengguna dari Perak Utara (Taiping, Kuala Kangsar dan Gerik), Perak Selatan (Bidor, Tapah, Teluk Intan, Lumut dan Tanjung Malim) dari Melaka (Jasin dan Bandaraya Melaka) serta dari Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Port Dickson dan Seremban) dicadangkan memasuki Lebuh raya Utara-Selatan antara 6 petang hingga 12 tengah malam. Namun jadual perjalanan yang tidak disenaraikan dan kenderaan komersial tidak tertakluk dengan cadangan tersebut, katanya. - BERNAMA

4

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
6

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 30-4-2015 12:57 AM
hahahh,,esok dah mula sesakk,,
Quote alieyrina 30-4-2015 01:07 AM
Eee ni yg x suka nii  

Rehat kat umah dah la weyy  

Quote darkchoc 30-4-2015 01:12 AM
Confirm!!!
Quote ninja boy 30-4-2015 01:13 AM
siap ada cadangan waktu masuk highway, korang ikut kah. hari pagi cuti aman2 aja merempit di bandaraya dari jalan tepi, pinggir,tengah, utara timur barat selatan sejam 15 minit boleh setel 1 round, kul 3 pagi 2 round lagi merempit keliling bandaraya. itula asik ngadap jem aja di hari bekerja
Quote TuntungReturn 30-4-2015 06:37 AM
melayu ni asal cuti nk lik kg
Quote tahanlasak 30-4-2015 06:47 AM
cuti lama boleh la pegi bercuti santai2 msti ramai org nie ......apa lagi highway pasti sesak ..
Quote dodolgemok 30-4-2015 06:49 AM
Selamat bercuti panjang
Quote krustykrab 30-4-2015 07:05 AM
Kalau ikut waktu yg dicadangkan plus tu takde le jln sesak...tp org msia ni mentality jenis ikut suka aku la....bila duk dlm jem bersungut pulak
Quote namuwoob 30-4-2015 07:56 AM
Mcm akan sentiasa sesak je walaupun dh ada TTA ni.
Quote bellaa 30-4-2015 08:04 AM
untunglah korang cuti p jalan2.

bella x pergi mana2 pon..

Sedihhhh!!!!
Quote catalina 30-4-2015 08:11 AM
Kejap jea dh abis quater 2015. Dah nak masuk 2nd quater.  Dah makin dekat ramadhan. Pastu raya pulak...

Eh.!!!.mei ni dapat brim kan?
Quote siputsedut 30-4-2015 08:13 AM
selamat bercuti uolssss berhati2 di jalan raya...jalan raya tu bukan kau punya...sama-sama pakat berhemah sikit
Quote GhostWalking 30-4-2015 08:19 AM
Yahuuuuuuu!!!
Quote chinta89 30-4-2015 08:22 AM
TuntungReturn replied at 30-4-2015 06:37 AM
melayu ni asal cuti nk lik kg

melayu. tak kira ape jenis cuti, ape jenis perayaan, dialah juara CUTI di mesia

yg masalahnya..ak pun sama.
Quote MeghanK 30-4-2015 08:22 AM
Naaib naik takde plan nak kuar Dari kl..so kita g ukur shopping complex je la
Quote rosa_canina 30-4-2015 08:24 AM
ada yg dh start cuti harini..
kot takpun mlm karang start la berpusu2 balik kg..
seronoknya
Quote kyleril 30-4-2015 08:30 AM
knfirm malam ni pasti jem ke arah utara...pesta di rnr lah nampaknya
Quote nuralisa 30-4-2015 08:33 AM
sesak pun sesakla... kalau x sesak x rayala katanya...(ini kalau sesak time raya) ...
Quote zameyla 30-4-2015 08:35 AM
Kalau jalan ke Kelantan jem tak? ikut Banjaran titiwangsa? aku nk p Kelantan esok pagi....

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.058013 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top