View: 7768|Reply: 76
|
[Tempatan]
PLUS: Cuti panjang Hari Pekerja, Hari Wesak lebuhraya dijangka sesak
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan orang ramai yang bercadang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan supaya merancang perjalanan sempena cuti umum Hari Pekerja dan Hari Wesak dari 30 April hingga 5 Mei ini. "PLUS menjangkakan jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan akan meningkat berbanding hari-hari biasa dan PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan mengikut jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA)," katanya dalam kenyataan di sini. TTA ialah jadual perjalanan berperingkat bagi destinasi tertentu di lebuh raya kendalian PLUS, bertujuan bagi mengelakkan orang ramai terperangkap dalam kesesakan di laluan utama, kawasan rehat dan plaza tol. Di samping itu PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya supaya mendapatkan maklumat trafik di talian bebas tol PLUSLine 1800-88-0000, laman Twitter PLUSTrafik atau memuat turun aplikasi 'PLUS Mobile' menerusi telefon pintar.
Antara cadangan waktu perjalanan pada 30 April hingga 2 Mei, orang ramai dari Lembah Klang yang ingin menuju ke Perlis dan Kedah (Kangar dan Alor Setar) serta ke Johor Selatan (Johor Baharu dan Kota Tinggi) dinasihatkan memasuki lebuh raya antara 6 pagi hingga 8 pagi. Dari Lembah Klang menuju ke Pulau Pinang (Kepala Batas, Butterworth, Georgetown dan Bayan Lepas) dan Johor Utara (Batu Pahat, Segamat dan Muar) dicadangkan memasuki lebuh raya antara waktu 8 pagi hingga 11 pagi. Pengguna dari Lembah Klang menuju ke Perak Utara (Taiping, Kuala Kangsar dan Gerik) dan Melaka (Jasin dan Bandaraya Melaka) antara 11 pagi hingga 2 petang manakala pengguna dari Lembah Klang menghala ke Perak Tengah (Ipoh) dan Melaka (Alor Gajah) dari 2 petang hingga 6 petang. Pengguna yang ingin memasuki lebuh raya dari Lembah Klang menghala ke Perak Selatan (Bidor, Tapah, Teluk Intan, Lumut dan Tanjung Malim) dan Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Port Dickson dan Seremban) dinasihatkan melakukan demikian selepas 6 petang.
Bagi perjalanan kembali ke Lembah Klang pada 3 Mei hingga 5 Mei, cadangan waktu bagi memasuki lebuh raya dari Perlis dan Kedah (Kangar dan Alor Setar) serta dari Johor Selatan (Johor Baharu dan Kota Tinggi) bermula dari 6 pagi hingga 8 pagi. Orang ramai dari Pulau Pinang (Kepala Batas, Butterworth, Georgetown dan Bayan Lepas), Perak Tengah (Ipoh), Johor Utara (Batu Pahat, Segamat dan Muar) serta dari Melaka (Alor Gajah) dicadangkan memasuki lebuh raya antara waktu 10 pagi hingga 2 petang. Pengguna dari Perak Utara (Taiping, Kuala Kangsar dan Gerik), Perak Selatan (Bidor, Tapah, Teluk Intan, Lumut dan Tanjung Malim) dari Melaka (Jasin dan Bandaraya Melaka) serta dari Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Port Dickson dan Seremban) dicadangkan memasuki Lebuh raya Utara-Selatan antara 6 petang hingga 12 tengah malam. Namun jadual perjalanan yang tidak disenaraikan dan kenderaan komersial tidak tertakluk dengan cadangan tersebut, katanya. - BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahh,,esok dah mula sesakk,, |
|
|
|
|
|
|
|
siap ada cadangan waktu masuk highway, korang ikut kah. hari pagi cuti aman2 aja merempit di bandaraya dari jalan tepi, pinggir,tengah, utara timur barat selatan sejam 15 minit boleh setel 1 round, kul 3 pagi 2 round lagi merempit keliling bandaraya. itula asik ngadap jem aja di hari bekerja |
|
|
|
|
|
|
|
melayu ni asal cuti nk lik kg |
|
|
|
|
|
|
|
cuti lama boleh la pegi bercuti santai2 msti ramai org nie ......apa lagi highway pasti sesak .. |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat bercuti panjang |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ikut waktu yg dicadangkan plus tu takde le jln sesak...tp org msia ni mentality jenis ikut suka aku la....bila duk dlm jem bersungut pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm akan sentiasa sesak je walaupun dh ada TTA ni. |
|
|
|
|
|
|
|
untunglah korang cuti p jalan2.
bella x pergi mana2 pon..
Sedihhhh!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
selamat bercuti uolssss berhati2 di jalan raya...jalan raya tu bukan kau punya...sama-sama pakat berhemah sikit |
|
|
|
|
|
|
|
melayu. tak kira ape jenis cuti, ape jenis perayaan, dialah juara CUTI di mesia
yg masalahnya..ak pun sama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Naaib naik takde plan nak kuar Dari kl..so kita g ukur shopping complex je la |
|
|
|
|
|
|
|
ada yg dh start cuti harini..
kot takpun mlm karang start la berpusu2 balik kg..
seronoknya |
|
|
|
|
|
|
|
knfirm malam ni pasti jem ke arah utara...pesta di rnr lah nampaknya |
|
|
|
|
|
|
|
sesak pun sesakla... kalau x sesak x rayala katanya...(ini kalau sesak time raya) ... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau jalan ke Kelantan jem tak? ikut Banjaran titiwangsa? aku nk p Kelantan esok pagi.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|