Hari ini, Jabatan Kesihatan Selangor mengesahkan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 di Shah Alam dijangkiti virus Influenza A (H1N1) seperti yang tersebar dalam laman sosial semalam.
Dalam satu kenyataan jabatan tersebut beritahu siasatan awal mendapati pelajar Tahun Dua itu mengalami gejala demam, batuk dan selsema pada Sabtu lepas dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada Ahad, namun keputusan makmal menunjukkan dia telah dijangkiti virus itu. Menurut kenyataan itu lagi, selain pelajar itu, adiknya yang berumur tiga tahun turut dijangkiti virus sama namun kedua-duanya telah diberi rawatan antivirus dan mereka kini beransur pulih. Punca jangkitan masih disiasat dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling diarah untuk terus memantau tahap kesihatan anggota keluarga pelajar itu termasuk pelajar-pelajar lain di sekolah berkenaan.
Sumber - Bernama.
|
famri7 replied at 8-5-2015 12:13 AM
elohim mula membayar cash kepada ummah selangor.yezzzza!
delsmomm replied at 8-5-2015 08:12 AM
mang aihh..ade ladang b**i berdekatan ker..
nasib la dpt detect cpt..
arasham replied at 8-5-2015 08:23 AM
Depa baru balik dari luar negara
delsmomm replied at 8-5-2015 08:52 AM
copy paste dr facebook..c
mamanye sorg je kot pegi obersi..ini
kentel replied at 8-5-2015 08:05 AM
ohh...H1N1 da ade cure ye....ingatkan takde lagi...
kentel replied at 8-5-2015 08:05 AM
ohh...H1N1 da ade cure ye....ingatkan takde lagi...
ADVERTISEMENT