Sebaliknya, lembaga pengarah TH sebulat suara memutuskan untuk menjual tanah seluas 1.5 ekar (0.61 hektar) itu sebagai menghormati sensitiviti dan kepercayaan pendeposit. Abdul Azeez berkata keputusan sebulat suara itu dibuat oleh lembaga pengarah TH pagi ini selepas mendapat nasihat perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, perdana menteri menasihatkan agar tanah itu dijual supaya nama TH ‘tidak tercemar’ kerana terlibat dalam transaksi perniagaan dengan 1MDB. "Pada awalnya kami (lembaga pengarah) sepakat tidak mahu jual tanah itu, kami mahu bangunkan tetapi pagi tadi PM call dan nasihatkan supaya jual untuk elak fitnah terhadap TH. "Kami akan jual secepat mungkin, sudah ada tiga pihak tawarkan untuk beli tanah tersebut," katanya dalam sidang media khas hari ini. Sidang media tersebut turut dihadiri oleh kesemua ahli lembaga pengarah dan Ketua Pegawai Esekutif (CEO) TH Tan Sri Ismee Ismail. Sumber : www.astroawani.com/berita-malaysia
|
apam replied at 9-5-2015 04:10 PM
Nak petik jugak tun mamak punya auta kat bawah tu.....duit jemaah nak g haji katanya, beli tanah tak ...
vespa_oren replied at 9-5-2015 04:34 PM
Otai najib nie main call jer terus batal, harap ustazah @mbhscf mod board islam boleh komen hukum ...
ADVERTISEMENT