CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Abam Bocey Berang Dengan Ogy Ahmad Daud?

19-5-2015 12:49 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 35710| Komen: 206

Kritik Jangan Sampai Jatuhkan Air Muka! – Abam Bocey Berang Dengan Ogy Ahmad Daud?

Ahad yang lalu, seperti biasa kumpulan Bocik gandingan Fad dan Abam telah membuat persembahan di program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang.

Namun apa yang lebih menarik perhatian kami ialah komen Fauziah Ahmad Daud @ Ogy yang mempersoal sketsa mereka. Siap cakap kalau menang pun bukan sebab persembahan.
Selang beberapa jam kemudian, Abam yang seakan ‘mendidih’ mendengar kritikan tersebut terus memuat naik sekeping foto dengan kapsyen yang cukup berang.

Kalau menang pun kerana peminat ramai, bukan persembahan

Jika sebelum ini Ogy pernah mencetuskan kontroversi ketika dijemput menjadi artis undangan ketika Maharaja Lawak Mega 2014, kali ini lain pula ceritanya.

Korang baca sendiri lah komen Ogy ni, patutlah Abam seolah tak puas hati.

Kenapa daripada dulu sampai sekarang ye, kumpulan Bocik ni hanya menggunakan Abam sebagai bahan, mesti fizikal tubuh Abam. 
Bagi kakak kalau sentuh pasal lawak skopnya luas, kamu kata kamu orang tua tapi di mana watak orang tua nya? Bahasa tubuh orang tua? intonasi org tua di mana?
Itu maksud kakak. Tapi kalau awak menang pun kerana undian lah..kerana ramai peminat awak yang akan mengundi awak bukan kerana persembahan. Terima kasih.

Ini jawapan balas Abam!


Apa-apa pun harap Abam banyakkan bersabar lah ye, adat pertandingan memang akan dikritik tapi kalau melampau sangat pun tak boleh juga kan?



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellejo 19-5-2015 12:03 PM
jujur cakap. qu puteh BMB punye persembahan sampah semuanya. xlawak pun
Quote alieyrina 19-5-2015 12:13 PM
Langsung xkenai tah sapa2 aja masuk rncgn ni !
Quote orglama 19-5-2015 12:14 PM
Abam ni dah kenapa?! Mmg betul pun kritikan makcik ogy tu...tang mana dia menjatuhkan air muka si abam tu?! I rasa ahli2 kumpulan dia dlm maharaja lawak n bmb ni lagi la menjatuhkan air muka dia sb asyik2 membahamkan fizikal si abam tu...btw, gemuk is not awesome! Tu kata2 org yg malas nak exercise!!!
Quote ziehan09 19-5-2015 12:14 PM
bagi aku kak ogy cakap benda yang betul.and aku kesian gak kat abam sebab saiz dia selalu jadi bahan tuk dibuat lawak. mungkin itu juga maksud kak ogy.abam jangan sensatif sangat ye.take it positively.
Quote DAYANG07 19-5-2015 12:15 PM
la tu pun nak sentap ke
memang betul pun buat lawak mesti nak kaitkan fizikal agak meluat jugakla macam takde idea
Quote minahmanja 19-5-2015 12:16 PM
aku tk nmpk kat mana yg melampaunye komen ahkak ogy tu...sepatutnye abam amik komen tu sebagai guide utk perform next week... tk perlu nk protes thru ig... next week kau jumpe ngan kak ogy ni jugak kan...
tk pro langsung si abam ni..
Quote pisang69 19-5-2015 12:17 PM
wa perasan ogy ni mcm x suka dgn dato vida tu....
Quote bambimbom 19-5-2015 12:23 PM
alahai si abam ni... gemuk is sentap

tp mmg betul pun skit2 wat lawak psl sixe jew
Quote gekkou 19-5-2015 12:25 PM
peserta2 rancangan ni sangatlah tidak lawak
dan paling aku nyampah amik budak kecik jadi juri
aku setuju jek pendapat ogy tu
mmg lawak bocey ni lawak idea terhad
sikit2 dok ulang pasal abam
pastu penonton yang gelak tu pn aku tak faham
celah mn yang kelakarnya lawak depa ni
kadang2 baru nek stage dah gelak
Quote amyza82 19-5-2015 12:26 PM
memang betul apa , fad asyik bahan abam and lawak balik2 recycle mcm tu
Quote sepitsiput 19-5-2015 12:26 PM
dah memang betul apa yg kak ogy tu katakan...bocey mmg suka membahan tubuh gebu chuols ya Abam....so cliche... sepatutnya dah 3 tahun dlm industri...cuba create joke yg lain drpd yg lain pulak.

klau tak nk kene laha dgn kak ogy, motif masuk realiti show yg kak ogy jd juri?
Quote doubleA 19-5-2015 12:27 PM
motip ko yg setahun jagung dlm industri, tak lawak mana pulak tu nak sentap2 marah ahkak ogy?

iols setuju jah dgn ogy.

pelawak skg banyak buat lawak bodo je
Quote ridz09 19-5-2015 12:28 PM
Dah nak start mendiva la tu, kena kritik dahh sentap...

tak it positive la wehh, kata awesome...
Quote kejoraria 19-5-2015 12:32 PM
tp ogy pun sama gak dulu masa combine ngan satu kumpulan lawak tu.....tak lawak langsung......dia ni kritik org over...berlakon pun over.....tp bukan over best....over tak best.....huhuhu.....
Quote pittjie 19-5-2015 12:33 PM
laa abam kecik hati ke dgn komen ogy? mmg betul pe apa yang akak ogy tu cakap. yang memain2kan size badan ko tu .. kawan2 ko. ogy tu peringatkan je. ogy tak kutuk pun size badan ko dek. ogy cuma kutuk persembahan je.
Quote Lorra2411 19-5-2015 12:34 PM
dah tak kelakar, hadaplah kena hencap. memang betul pun, tak habis-habis guna lawak yang sama. ejek fizikal orang. wth? takde idea ke? takde idea, tarik diri. ni tidak, gegeh sgt nak join.
Quote monyet02 19-5-2015 12:36 PM
sila tarik diri
Quote DAYANG07 19-5-2015 12:40 PM
life is so simple konon
kalu simple takde lah kena kritik pun nak marah
masuk je pertandingan yang tak guna juri baru tk kena kritik
Quote nuralisa 19-5-2015 12:41 PM
betulla cakap ogy tu.. apa yg jatuh air muka??
adoiiiii...

Lihat semua komen(206)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.054177 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top