CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JPJ Mohon Maaf Atas Insiden Kain Batik

9-6-2015 11:01 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 38675| Komen: 236

Oleh: CMFreporter1

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memohon maaf kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Suzanne G.L. Tan kerana diarahkan memakai pakaian kain batik ketika berurusan di JPJ Wangsa Maju.

JPJ dalam satu kenyataan media memberitahu, JPJ berasa amat kesal kesal dengan kejadian tersebut dan memohon maaf kepada Tan di atas kesulitan yang beliau alami.

Di samping itu, JPJ turut menegaskan bahawa tiada peraturan yang menyatakan bahawa pelanggan perlu diberikan kain sarung jika mereka tidak menepati garis panduan kod etika pakaian.



Sebelum ini, Suzanne G.L. Tan dikatakan telah menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap layanan JPJ menerusi laman Facebook.


Luahannya disertakan beberapa gambar menarik perhatian netizen hingga menjadi topik hangat di laman sosial. 


Menurut Suzanne, tujuan dia berurusan dengan pejabat JPJ adalah bagi menandatangani borang pemindahan nama hak milik bagi sebuah kereta yang dijual. 





Pada masa yang sama, JPJ menerusi akaun Twitter mengingatkan pelawat supaya mematuhi peratuan berpakaian semasa mengunjungi pejabat mereka.


Mereka yang berhasrat melakukan urusan di mana-mana premis rasmi kerajaan dinasihatkan supaya berpakaian bersesuaian. - CARI Infonet

31

Bagus
26

Marah
44

Terkejut
20

Sedih
23

Lawak
36

Bosan

Friends Rank (180 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sixret 9-6-2015 07:09 AM
Ikut peraturan yang ditetapkan, insya Allah selamat dan mudah.
Quote GhostWalking 9-6-2015 07:12 AM
versi trp

Wanita dakwa diminta pakai kain batik sebelum berurusan di pejabat JPJ
Tiga keping foto yang dimuat naik Suzanne G L Tan di laman Facebooknya hari ini.

                 
[size=100%]KUALA LUMPUR, 8 Jun:
Seorang wanita hari ini menyuarakan rasa tidak puas hatinya di laman Facebook kerana mendakwa dia dipaksa memakai kain batik sebelum dibenarkan masuk untuk berurusan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurut wanita yang menggunakan akaun Facebook Suzanne G. L. Tan itu, dia pergi ke pejabat JPJ berkenaan untuk menandatangani borang pemindahan nama hak milik bagi sebuah kereta yang telah dijualnya.

Bagaimanapun, Tan yang memakai baju berwarna merah jambu dan skirt merah mendakwa didekati seorang kakitangan JPJ di belakang kaunter mengambil nombor giliran dan diberi sehelai kain batik.

Dakwanya lagi, dia seterusnya diberitahu supaya memakai kain tersebut atau tidak akan dilayan.

Saya memakai pakaian seperti ini, tidak sopankah? katanya dalam posting status Facebook di sini.

Selain itu Tan turut memuat naik tiga keping gambar yang ada kaitan dengan dakwaannya.

Sekeping daripadanya diambil sewaktu di luar premis pejabat JPJ berkenaan sebelum memakai kain batik berkenaan, dan manakala dua keping lagi foto sewaktu dia berjalan dan sedang duduk di hadapan kaunter – kedua-duanya memaparkan dia berkain batik.

Hanya perlu duduk di hadapan cermin kaunter yang mana hanya bahagian-bahagian hadapan badan saya saja yang dilihat oleh pegawai berkenaan. Saya tidak tahu sama ada ingin ketawa atau menangis,” kata Tan.
Posting Tan yang melahirkan rasa tidak puas hati diminta memakai kain batik di akaun Facebooknya
Lokasi sebenarnya kejadian tersebut didakwa di pejabat JPJ Wangsa Maju, namun ia tidak dapat disahkan.
Pada masa kini, kedua-dua pihak iaitu Tan dan JPJ tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen lanjut.
Kebiasaannya, pelawat yang mahu berurusan di bangunan pejabat kerajaan diingatkan supaya memakai pakaian yang sopan iaitu seluar panjang dan baju berlengan.
Mereka yang memakai selipar, baju tidak berlengan dan seluar pendek biasanya tidak dibenarkan memasuki premis berkenaan.
Namun kejadian orang ramai diminta memakai kain batik, malah kain batik itu turut disediakan barangkali belum pernah diketahui setakat ini.




Quote tepisket.. 9-6-2015 07:18 AM
Aku ingat kat sekolah je kena denda cenggini. Haha! Aiyo ah so lu punya skirt atas lutut ma...
Quote yusryimran 9-6-2015 07:20 AM
Jinjang2 ni semua x faham bahasa.. sangat merimaskan
Quote edee_91 9-6-2015 07:23 AM
Tajuk misleading. Ini bukan gadis lagi dah.
Quote sukacactus 9-6-2015 07:28 AM
Ah soo ni play victim plak
Dah ko tu yg xtau peraturan
Quote gaara_X 9-6-2015 07:29 AM
kekadang deme nie bukan tak paham..sengaja nak cari pasai.....
Quote alieyrina 9-6-2015 07:32 AM
Tahla xpenah perasan depa pakai mcm mana...plus aku pun bukan suka sgt p pej kerajaan tu  
Quote FanTasyCreaTioN 9-6-2015 07:37 AM
ala..
kiraa nasib baik dah d beri kain batik tu
buat nya d suruh balik dan kembali settelah berpakaian ikut peraturan
lagi haru

psssssst!!~ yang oi.. gadis lagi ka tu yang



Quote fire_place 9-6-2015 07:38 AM
Ikutlah peraturan,org jpj tu pun xtau nak nangis ke nak gelak,aso dh 40an hidup kat bumi malaysia tp xpaham baca etika berpakaian kat pejabat kerajaan.

Apa pun aso nampak mcm org lepas pantang.
Quote jasmeen 9-6-2015 07:44 AM
Tak teringat pulak pegi office gov ada peraturan macam ni
Quote hanalisa 9-6-2015 07:50 AM
kalau tak silap kat pejabat MARA aku gi dulu, jeans pun takleh pakai.
i wonder kalau pakai jubah yang kainnye serupa jeans (tapi bukan), boleh masuk ke tidak ye.
Quote CrowneGlory 9-6-2015 07:53 AM
Padan la muka lu ahso... Bravo pd pegawai yg berjaya buat ahso ni pakai kain batik tu

kaki pun huduh ada hati nk pakai hot skirt...
Quote aTiKah_aYuNi 9-6-2015 07:56 AM
orang2 macam tu bukan paham sangat istilah pejabat dengan shopping complex....
Quote zuri154 9-6-2015 07:58 AM
gadis lagi ka ni???
Quote bangcak 9-6-2015 07:59 AM
tt pentipu
Quote mbhcsf 9-6-2015 08:00 AM
Hahaha


Macam macam ye, di puncak kinabalu, x der  dressing code, habis pakaian seurat benang pun tak ada..ni pulak lain halnya.

Jgn bagi kain sarong, sediakan batik canting yg pakai kat beach tu..apanama ntah...
Quote brums08 9-6-2015 08:01 AM
Gadis sbb masih blum kawin
Quote all4rez 9-6-2015 08:15 AM
Amoi tua sakit mata tengok... klu amoi liang2 pakai skirt oklah jgk....

Lihat semua komen(236)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-11-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.053250 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top