Lebih 10 tahun berkecimpung dalam industri seni, pelakon Amar Baharin berkata, dia sentiasa berpegang pada prinsip tidak menghiraukan pendapat netizen dan hanya mengikut kata hatinya dalam membuat keputusan.
Katanya, sebagai selebriti dia tidak boleh lari daripada kecaman dan kritikan netizen yang sentiasa mencari salah terhadap apa sahaja tindakan yang dilakukan mereka. "Saya sepanjang hidup memang tak pernah berpegang pendapat netizen sebab saya ada prinsip hidup sendiri terutama apabila bekerja dengan orang yang kita berurusan dalam hal kerja itu.
"Kalau kita dengar netizen cakap memang benda ni takkan habis, biasalah separuh sokong dan begitu juga sebaliknya, jadi sekarang ni kita nak duduk di mana? Kita boleh jadi gila tahu kalau dengar cakap orang. "Tetapi mana pendapat yang boleh guna, kita ambil untuk perbaiki diri kita yang mana tak elok jadikan angin lalu sahaja la, jujur dengan diri sendiri InsyaAllah peminat boleh terima," katanya kepada mStar. Amar, 36, ditemui semasa sidang media drama Hati Yang Dikhianati yang diadakan secara atas maya, baru-baru ini. Suami aktres Amyra Rosli ini mengulas mengenai isu hangat membabitkan video lawak lucah pelakon Fauzi Nawawi dalam sebuah program televisyen, baru-baru ini. Keterlanjuran kata Fauzi itu menyebabkan ada segelintir netizen mengambil keputusan untuk memboikot selebriti dan program yang terlibat. Berkongsi pandangannya, Amar berkata tidak wajar netizen membuat tindakan sedemikian kerana artis juga merupakan manusia biasa dan perlu diberi peluang untuk memperbetulkan kesilapan. "Saya pun tidak tahu cerita penuh sebab saya tidak melihat video tersebut sampai habis, mungkin netizen tidak boleh terima dengan cara dia bercerita sebab terlalu terbuka sangat. "Tapi dia pun dah minta maaf... tak wajar la nak boikot, (mereka) dah minta maaf tu pun satu tindakan yang sepatutnya," ujarnya. Sumber: mStar
|
ezacbee replied at 27-10-2021 01:21 PM
Tunggu kena kat wife sendiri baru ko tau.
Xkena lagi mmg la boleh settle.
Baik ko diam jelah.
trexxxxxi replied at 27-10-2021 01:42 PM
Tak tau cerita penuh tp hang sibuk nak komen?
Apooo?
makadek replied at 27-10-2021 01:52 PM
Jangan smpai ko kena boikot
Skg bini ko je kerja kan
ADVERTISEMENT