CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bogel Terperangkap Dua Hari Dalam Dinding Wayang

8-11-2021 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2237| Komen: 11

New York– Seorang lelaki diselamatkan anggota bomba selepas ditemui terperangkap dalam keadaan berbogel di dalam dinding sebuah pawagam di New York, lapor Badan Penyiaran British (BBC).


Jabatan Bomba Syracuse menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) selepas seorang individu terdengar bunyi seperti hentakan dari dalam dinding dan suara merayu meminta pertolongan.

Pasukan penyelamat kemudiannya bertindak merobohkan sebahagian dinding tersebut dan mendapati seorang lelaki dalam keadaan berbogel berada di dalam  dinding itu.


Foto: BBC

Jabatan Bomba Syracuse dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan pihaknya tidak dapat memastikan bagaimana lelaki tersebut boleh memasuki ruangan sempit di belakang dinding itu.


Timbalan Ketua Bomba Syracuse, John Kane memberitahu media tempatan bahawa lelaki berkenaan bersembunyi di dalam ruang itu selama dua hari dan terperangkap setelah terjatuh ke dalam dinding tandas lelaki di pawagam tersebut.

Dia ketika ini dirawat di sebuah hospital tempatan.

Pihak polis berkata, lelaki itu berkemungkinan menghidap penyakit mental dan tidak akan didakwa atau dikenal pasti. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jijilaaa 8-11-2021 10:16 AM
ishk xleh boleh aku tempat2 sempit gitu, tiba2 rasa panic, sesak nafas. maybe dia kena buli?
Quote nakkomenjugak 8-11-2021 11:15 AM
Haiyooooo how comeeee???
Kalau iol dah panik gila kot2 jadik mayat kat situ
Tup2 dirobohkan haaa hambekk jadik konspirasi
Quote imanjannah 8-11-2021 11:25 AM
kenapa sampai jadi gitu
Quote Artemesiaa 8-11-2021 11:29 AM
Pesakit mental rupanya case closed
Quote tikusmontok 8-11-2021 11:49 AM
Ntah2 tgh mengendap org verak, alih2 jatuh dlm lobang dinding
Quote KamikuP 8-11-2021 03:38 PM
mCM SIRI 911 KAT  Disney+..(eh tercaps lock)
mcm2 kejadian pelik berlaku
Quote Skuau 8-11-2021 04:45 PM
Dia ingat dia boleh 'masuk dalam itu cerita ka'...siap bogel nk rogol heroin filem cenggitu ka???
Quote dani-rox 8-11-2021 11:17 PM
"Syracuse, Schenectady, Utica... wow she's sickening!"
Quote doubleharmonic 8-11-2021 11:38 PM
mana gambar bogel?
Quote Decaffeinated 9-11-2021 12:11 AM
Syracuse rasanya dah near freezing skrg ni. Nasib baik tak mati kesejukan.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.074574 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top