Aplikasi TikTok membuktikan pengaruhnya dalam industri muzik apabila sebuah kajian membuktikan impak platform itu terhadap muzik dan budaya fandom K-pop.
Kajian yang dibangunkan bersama kerjasama Kpop Radar itu mendedahkan pertumbuhan dalam kandungan berkaitan muzik dari Korea Selatan itu sejak tiga tahun lalu dengan bilangan video berkaitan meningkat tiga kali ganda daripada 33.5 juta pada 2019 kepada 97 juta sehingga September 2021. Daripada jumlah itu, 92.8 peratus video yang dimuat naik adalah dihasilkan luar dari Korea dengan Indonesia muncul sebagai pencipta teratas dengan 16.4 peratus. Angka itu diikuti rapat oleh Filipina (13.5 peratus) dan Amerika Syarikat (8.7 peratus) manakala Malaysia menduduki tangga ke-10 dengan 2.8 peratus.
TikTok juga menjadi platform menghubungkan semua peminat K-pop termasuk dalam memperkenalkan pencinta muzik itu kepada lagu dan artis Korea yang baharu. Sebagai contoh, lagu lama kumpulan TWICE iaitu What is Love dan Making a Lover menyaksikan kebangkitan semula dalam aplikasi itu selain lagu Mommy Son F The World dan Colors nyanyian Stella Jang menjadi tular dan membantu melancarkan karier muziknya. Populariti Money nyanyian Lisa Blackpink juga melonjak apabila pengguna TikTok mula membandingkannya dengan kejayaan siri Netflix, Squid Games. Malah platform itu telah melihat lebih daripada 3.1 juta video mengambil inspirasi daripada muzik K-pop dan mendapat 9.1 bilion tontonan. Selain itu, TikTok juga telah mentakrifkan semula cara peminat berinteraksi dengan idola mereka. Artis K-pop generasi keempat seperti BDC dan Weekly telah berjaya mendapat pengikut besar di TikTok dengan memanfaatkan cabaran dan ciri kreatif aplikasi itu. Begitu juga pengikut TikTok STAYC melonjak hampir lima kali ganda sepanjang enam bulan lalu. Populariti berterusan mereka di TikTok malah telah mendorong mereka untuk melancarkan single di aplikasi itu. "TikTok telah mengubah cara orang ramai mendalami muzik K-pop. Memandangkan K-pop sangat digemari oleh komuniti TikTok Global, kami akan terus melakukan inisiatif untuk artis dan peminat," kata Ketua Pembangunan Perniagaan Global TikTok Korea, Jay Bae. -CARI Sumber: mStar Online
|
Normabaru replied at 15-11-2021 02:16 PM
staff kaka org iraq pon obses kpop.. kaka pon xphm knp tp impress la kpop blh merentas benua.. dasat ...
stingerbreeze replied at 15-11-2021 02:22 PM
TUHAN iteww MAHA MEMAHAMI dan menyayangi ko, justeru tidak kurniakan ko zuriat kerana tidak mahu k ...
ADVERTISEMENT