CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapat Lori Hino Sebagai Mas Kahwin

16-11-2021 10:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2086| Komen: 3

Seorang pengantin perempuan di wilayah Jawa Tengah, Indonesia menjadi sensasi internet kerana menerima mas kahwin berupa sebuah lori jenama Hino  berharga 1 bilion rupiah (RM292,997), lapor laman berita Merdeka semalam.


Menerusi sebuah klip video yang tular di media sosial, pasangan pengantin baharu itu dilihat duduk di kabin lori tersebut dengan memakai pakaian pengantin sambil melambai tangan.

Lori itu turut dihias dengan reben dan belon pada bahagian depan sebagai tanda hadiah.


Lori Hino ini berharga berharga 1 bilion rupiah (RM292,997). – Instagram

“Berapa nilai mas kahwin anda? Seorang pengantin wanita menerima mas kahwin berupa sebuah kenderaan pengangkutan daripada suaminya,” kata keterangan pada video tersebut.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen meluahkan rasa kagum melihatkan jenis mas kahwin tersebut beserta harganya yang mahal.

“Dahsyat sekali mas kahwin berharga 1 bilion rupiah (RM292,997),” kata seorang netizen.

“Mungkin impian wanita itu adalah untuk memiliki sebuah lori,” kata seorang lagi.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 16-11-2021 10:59 AM
Benda bermanafaat boleh buat business transport hantar barang sana sini
Quote nononcrux 17-11-2021 09:49 AM
balik semula ke laki la kalau gitu.. kihkih pandai laki dia
Quote Punat_button 17-11-2021 10:00 AM
Malam pertama dalam lori ka mbak

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.034486 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top