CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Semoga Ini Penemuan Sebenar Pesawat MH370

6-12-2021 04:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4754| Komen: 20

Baru-baru ini, isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 sejak 8 Mac 2014 kembali hangat diperkatakan selepas jurutera aeronautik Britain, Richard Godfrey mendakwa tahu kedudukan sebenar bangkai pesawat itu.


Dakwanya seperti dipetik Gempak, pesawat Boeing 777 itu terhempas ke Lautan Hindi, sekitar 2,000 kilometer barat Perth, bahagian Australia Barat.


Gambar hiasan
Kredit foto: AAP

Menurutnya, lebih setahun dia menyiasat mengenai tragedi berkenaan menggunakan teknologi pengesanan baru iaitu isyarat radio Weak Signal Propagation Reporter (WSPPR) yang berfungsi sebagai 'tripwires' untuk mengesan MH370 13,000 kaki di bawah permukaan lautan.


“Lokasi MH370 adalah kira-kira 1,200 batu di barat Perth, Australia dan terletak di dasar yang dikenali sebagai Broken Ridge, iaitu dataran tinggi bawah air dengan gunung berapi dan lurah di tenggara Lautan Hindi,” katanya.



Dia percaya dengan penemuan terbaharu ini yang sejajar dengan satu titik tertentu iaitu di Lautan Hindi berdasarkan data satelit, oseanografi, analisis drift, data prestasi daripada Boeing dan teknologi baru itu.

Semoga penemuan ini merupakan penemuan sebenar pesawat MH370 bagi menamatkan harapan ramai terutama keluarga mangsa. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gbam 5-12-2021 10:28 PM
salah tu
kat sini mh370
https://bumiyangtercinta.blogspo ... -pesawat-mh370.html

clue dia, mayat yg dijumpai dilokasi mh17 jatuh tu tidak lagi fresh
clue kedua, daripada semua pasport yg dikumpul, ada pasport yg tamat tempoh.
clue ketiga, enjin pesawat tak sama
Quote Clan204 6-12-2021 02:01 AM
gbam replied at 5-12-2021 10:28 PM
salah tu
kat sini mh370
https://bumiyangtercinta.blogspot.com/2015/08/misteri-pesawat-mh370.html

boleh caya ke blog tu?
Quote makadek 6-12-2021 07:29 AM
Aku bca blog tu dn percaya ini semua konspirashit
Quote venomie1 6-12-2021 07:31 AM
apa lagi pergi la tuju spot tu untuk buktikan kebenaran..
Quote bakingsoda 6-12-2021 08:54 AM
gbam replied at 5-12-2021 10:28 PM
salah tu
kat sini mh370
https://bumiyangtercinta.blogspot.com/2015/08/misteri-pesawat-mh370.html

mmg convincing jugak bukti2 yg ditunjukkan kat tempat mh17 jatuh tapi ape tujuan dorang culik penumpang palsukan mayat/passport dan pesawat? kenapa tak jatuhkan yg sebenar je? pastu mayat bergelimpangan tu tak buat pengecaman pulak mayat sape? passports yg expired tu sume tak check pemilik?
Quote krustykrab 6-12-2021 09:00 AM
Ko tunjuk dulu bukti baru sembang
Quote zorrro_03 6-12-2021 09:07 AM
krustykrab replied at 6-12-2021 09:00 AM
Ko tunjuk dulu bukti baru sembang

saya setuju sama krab
Quote rikiruj 6-12-2021 09:20 AM
Dah jumpa betul2 barulah cakap dah jumpa... ni balik2 sama cas je tapi baru nak cari.
Quote chinta89 6-12-2021 09:45 AM
selagi bukan btl2 x pyh cakap byk
Quote gbam 6-12-2021 10:06 AM
sia-sia aja malaysia ada pejabat risikan, tetapi tak membantu, rakyat marhaen jugak yg kena buat research.
Quote cmf_PariS 6-12-2021 10:18 AM
benci aku baca tajuk lps tu isi sampah!
Quote Simunggu 6-12-2021 10:48 AM
sembang kencang....u langsi u mati..
Quote buragazz 6-12-2021 11:31 AM
KLu yer pun, kenapa la kepala hotak aku terfikir yg mamat ni adalah seorang yang diupah untuk merungkai kehilangan pesawat ni ala2 conspiracy theory agitcheww.. sebab dah lama sangatkan maybe dengan terjumpanya pesawat yang telah sekian lama menjadi misteri takde la yang mintak di buka semula siasatan.. teruk benaw kepala hotak aku berfikir...
Quote mbhcsf 6-12-2021 11:32 AM
Edited by mbhcsf at 6-12-2021 11:36 AM

Alhamdulillah ....satu perkembangan yg baik kalau benar, a good  closure to the families , although a bit sad hard to swallow news in a way.dia macam hmm..okay they found it  gitu, kesian insan insan tersayang kan.semoga mendapat keadilan sewajarnay di akhirat kelak, apa jadi ye , geram i  tau...at least MH17 tu kekejaman Ukrane rebellions tu kita tahulah. Ni MH 370 tibers je hilang , then cari cari selama ni pun tak dapat. Kalau news sebegini harap tak hoax lah.


Quote grouper 6-12-2021 11:54 AM
Data dasar laut daripada projek scan lautan Hindi tu dapat kat sape..abis 100juta gak projek tu rasanya....
Quote Artemesiaa 6-12-2021 02:32 PM
Benda dah lama berlalu ramai dah redha dah tak beria nak ambil tahu sangat lagi semua tumpu ke kes semasa je.  Kalau ada yang masih ingin tahun mungkin dikalangan keluarga mangsa je.
Quote makadek 6-12-2021 03:07 PM
Slah sorang mangsa adalh saudara terdekat crush of mine time sek
Quote tikusmontok 6-12-2021 04:25 PM
makadek replied at 6-12-2021 03:07 PM
Slah sorang mangsa adalh saudara terdekat crush of mine time sek

Abis tu..Crush makdek mintak rujuk ke?
Quote makadek 6-12-2021 04:35 PM
tikusmontok replied at 6-12-2021 04:25 PM
Abis tu..Crush makdek mintak rujuk ke?

sampai sudah dia tk tau aku crush dia
Sama2 tukar sek..form 2 mase form 3
Cari no ayah dia kt yellow pages
Mmg jumpa rupanya dia dh masuk sek asrama
Jumpa semula 2010 kt fb
Mmg lain rupa dia...
Ada berurusan dgn dia ...kat luar
Tp perasaan tu tkde mcm kt crush time sek
Masing2 ade khdpn..
Dia laki bini pn berjaya dah..loving kapel
Dia rajin ngelike fb ku

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.043674 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top