|
Seekor kucing ditemui dalam keadaan masih bernyawa meskipun tenggelam di dalam lumpur panas semasa letusan Gunung Semeru, lapor laman berita Berita Hits hari ini.
Berdasarkan sebuah klip video yang dikongsikan di TikTok, seorang lelaki menemui kucing berwarna putih itu hampir tenggelam di dalam lumpur di rumah pemiliknya. Dia kemudiannya mendekati kucing tersebut sebelum haiwan itu bangun dan bersembunyi di sebalik kayu-kayu hanyut. “Kuasa Allah, seekor kucing masih hidup di ‘lautan’ lumpur Semeru yang masih panas,” tulis lelaki berkenaan dalam video tersebut.
Video itu menjadi tular dengan ramai netizen melahirkan rasa kagum dan kasihan melihatkan keadaan kucing tersebut. “Tolong selamatkan kucing itu, pasti ia haus dan lapar,” kata seorang netizen. “Tolong bawa kucing itu jauh dari kawasan lumpur panas,” kata seorang lagi. Pada penghujung rakaman, lelaki berkenaan meminta rakannya membawa kucing itu ke lokasi yang lebih selamat. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.036336 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.