CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Dah Tua Perangai Macam Budak-Budak," - Pelajar Rimas Guru Jadikan Mereka Content TikTok

10-12-2021 11:05 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 4107| Komen: 17|Original author: Oleh: Natrahn


Menerusi kemajuan telefon bimbit dan peluasan rangkaian komunikasi yang turut mencakupi kawasan luar bandar, ledakan maklumat dan media sosial pada masa ini sudah menjadi trend dan keperluan bagi semua lapisan masyarakat.

Penyebaran berita melalui media sosial terutama perkongsian menerusi laman blog, facebook, twitter, instagram, tik tok atau aplikasi lain memudahkan sesuatu perkara menjadi sangat popular dan diketahui dengan pantas oleh semua individu serta diakses penduduk di seluruh dunia.

Namun lain pula jadinya jika kandungan perkongsian di media sosial itu melibatkan individu lain yang tidak selesa kelibat mereka dikongsi pada umum seperti yang dikongsikan seorang pengguna Twitter ini.


Sesetengah guru yang 'membazirkan' waktu mengajar dengan merakam video buat kandungan media sosial mengundang rasa rimas dalam kalangan pelajar. 

Menurut, Faisal Rahim (@acaiijawe) ada di antara rakannya yang mengadu bahawa anak mereka tidak selesa dengan tindakan guru yang berbuat demikian.


Kredit Foto : Twitter Faisal Rahim

Rata-rata, pandangan Faisal itu disokong oleh warga maya yang berpendapat bahawa sikap sedemikian sudah jelas tidak profesional dan tidak beretika. Ramai yang berpendapat bahawa tidak semua individu termasuk murid suka kehidupan mereka menjadi tontonan umum. 

Sebagai info, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan surat pekeliling dan garis panduan pada 2017 - Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial Bagi Guru Dan Murid.

Sebaiknya warga guru khas dan pelajar khasnya serta warga maya amnya,  diharapkan dapat menggunakan medium penyampaian maklumat tanpa sempadan ini secara berhemah dan bermanfaat.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pikapikachu 10-12-2021 01:36 PM
I selalu avoid kalau member yang sejenis suka upload mcm jelujur ni ajak jumpa. Rimas. Ajak jumpa tp nak tgk muka nak ajak borak pun payah.manjang buat video. Last2 rasa mcm bazir je jumpa. Baik duduk rumah. Anything wassap jela.
Quote Cik_jantung 10-12-2021 01:50 PM
Edited by Cik_jantung at 18-1-2022 08:15 AM

................
Quote Artemesiaa 10-12-2021 06:07 PM
Masa yang ada patut cari tahu dari murid kalau ada apa2 yang mereka tak faham.  Dah ler tahun ni banyak sesi persekolahan bersemuka tak dapat diadakan.  Bukannya main tik tok
Quote lattehazelnut 10-12-2021 06:22 PM
Ban je la tiktok ni.,
Xde faedah pun..
Ye mmg ade org share info tp kalau google je info tu kat internet pun jumpa jugak maklumat tu..
Quote Lentera 10-12-2021 09:56 PM
Cikgu2 toktok vongok [em:3:]
Quote musangbodoh 10-12-2021 10:52 PM
so pd cikgu2 dlm nie...amik obatttt...
Quote Meiizu 10-12-2021 11:23 PM
Edited by Meiizu at 10-12-2021 11:24 PM

Aku suka tgok tiktokk trutamanya grup2 dancer.
Acik2 cikgu2 ..tak minat
Haa lagi satu jenis yg takat buat tiktor takat goyang bahu tunjukkiri kanan ada ayat....ishh tah haper2 takmenarik takbest tak kreatif.mohon tutup
Quote bungarose 11-12-2021 09:13 AM
Rimas bethol dengan puak2 giler socmed
Suker hati dia ajer rekod untuk tayang kat public
Quote estrelle 11-12-2021 05:22 PM
Kejissnyee cegu2 mcm ni..ingat semua manusia batak socmed ke.
Quote Adrif 11-12-2021 11:18 PM
bungarose replied at 11-12-2021 09:13 AM
Rimas bethol dengan puak2 giler socmed
Suker hati dia ajer rekod untuk tayang kat public

sama la. suka hati je record, upload tanpa kebenaran. aku pun tak suka  
tengah cakap2, tiba2 tangan dia record semua orang. aku lalu pun dia record sambil cakap sorang2, nak upload ke ntah tiktok ke, IG tak tau. rimas weyy

aku hempas tepon tu kang baru padan muka diorang. serius aku tak suka sebar gambar/ video aku suka hati  

diorang ni macam dah jadi penyakit pulak. gila famous
Quote faraway1 13-12-2021 08:31 AM
Berani nya cikgu buat video tanpa kebenaran ibubapa
Quote babelina 13-12-2021 04:08 PM
getik btl ngn cikgu2 camnie..
Quote Biofuel 14-12-2021 09:23 AM
Mengajar tak seberapa, tp sibuk tagih like sana sini. Ni semua cikgu bebaru je la peel mcm ni. Kesian cikgu yg ikhlas mengajar dpt tempias. Ni kalau cikgu anak aku mcm ni, mmg makan starlet je
Quote mizruncing 14-12-2021 09:39 AM
ntah laa belum berminat lagi nak install tiktok ni
Quote AvengersPanther 15-12-2021 03:49 PM
Elakkan lah buat content yg babitkn student tanpa consent parents.
Quote n3ar 16-12-2021 08:47 AM
geng2 cikgu tiktok ni pun bukan kaleng2...

pakai ketat2 tersembul buah betik... makeup tebal2...

lepas tu upload berjoget dgn anak murid la, tgh acah ajar la....

ingatkan bebudak 20an zaman tiktok yg buat,rupanya 30 an pun ada juga menggedik dlm tiktok...


zaman tik tok ni, awek2 bdan beruniform, keje hospital,polis, bomba, tentera, APM memang laku teruk tiktok dorang
Quote Hizert 27-12-2021 12:17 PM
As parents aku pon rimas gak. Cikgu bagi homework soh rakam video bebudak buat something yang bermoral dgn background lagu guna tiktok...aku tiktok pon xde. tah hape2

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.042869 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top