CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beberapa Hari Anak Tahan Sakit 'Ladybug' Masuk Telinga

15-12-2021 04:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1111| Komen: 2

Seorang kanak-kanak di China terpaksa menahan kesakitan beberapa hari selepas telinganya dimasuki seekor kumbang 'ladybug'.

Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun itu datang ke pusat rawatan telinga di Liaoyuan, wilayah Jilin bersama ibu bapanya pada Sabtu lalu.


Gambar hiasan

Global Times melaporkan, pada mulanya kanak-kanak itu sering mengadu merasa tidak selesa akibat sakit di salah satu bahagian telinganya.

Ibu bapanya menyangka apa yang dialami anaknya itu disebabkan sakit tekak.

Bagaimanapun, mereka terkejut apabila kakitangan pusat itu berjaya mengeluarkan seekor kumbang mati dalam telinga anak mereka selepas membuat pemeriksaan.

Seorang kakitangan pusat itu memaklumkan, kes itu adalah biasa dan bukan pelik.

"Saya sudah jumpa dan keluarkan macam-macam benda berbeza dalam telinga pelanggan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 15-12-2021 04:29 PM
Kat sana selalu je ada kes2 macam ni dilapurkan
Quote gujiwa 15-12-2021 04:34 PM
iols penah tertidur dalam kereta time tu ayah berniaga.. dah lewat malam sangat.. tidur la.. sekali semut masuk dalam telinga.. pehh bising gila telinga.. mmg huru hara kejap dunia time tu.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.095160 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top