Peguam dan plaintif masih belum berbincang berhubung tindakan yang akan diambil terhadap pembida harta dan barangan usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat yang menghilangkan diri.
Peguam Nurul Hafidzah Hassan berkata, buat masa ini, fokus diberikan untuk membuat permohonan tarikh baru bagi proses lelongan harta Sajat. "Pihak peguam akan mendapatkan tarikh baharu sesi lelongan itu dalam masa terdekat dan mengaturkan sesi lelongan baharu. "Selepas menerima tarikh bidaan, baru bincang perkara lain (failkan kes menghina mahkamah berikutan tindakan pembida mempermainkan proses lelongan) kerana sibuk dengan proses lelongan itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Nurul Hafidzah berkata, prosedur lelongan akan kekal seperti biasa dan mempunyai syarat lelongan membabitkan pembida perlu meletakkan deposit wang tunai RM5,000. "Sama sahaja dan ikut prosedur biasa ketika ini. Sebelum ini deposit RM5,000, berubah atau tidak bergantung kepada mahkamah selepas ini. "Semua pihak yang mahu menyertai lelongan itu kena bersedia dengan pengisytiharan jualan dikeluarkan pihak berkaitan," katanya. Semalam, media melaporkan pembida yang menghilangkan diri selepas memenangi bidaan harta mudah alih usahawan kosmetik itu disahkan sebagai pembantu peribadi usahawan Datuk Seri Aliff Syukri. Lelaki terbabit memenangi bidaan barangan di kediaman Sajat pada harga RM132,000 daripada keseluruhan lapan pembida yang mengambil bahagian dalam proses lelongan awam berkenaan. Antara barangan termahal yang dilelong adalah piano bernilai RM40,000 manakala termurah ialah set pembakar roti selain beberapa barangan lain iaitu sofa, penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk, almari pakaian, set bilik tidur dan televisyen. Lelaki itu dikatakan menghilangkan diri apabila tidak dapat dihubungi oleh pihak peguam selepas keluar dengan memberikan alasan untuk menguruskan bank draf. Proses lelongan itu dikira terbatal berikutan kegagalan lelaki terbabit membuat bayaran selepas jam 4.10 petang. Sehubungan itu, satu tarikh lelongan baru akan dikemukakan oleh firma guaman NHA Advocates & Solicitors di mahkamah bagi membolehkan bayaran Nur Sajat kepada bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle miliknya, OWA Resourses Sdn Bhd dapat diselesaikan. Mahkamah Tinggi Shah Alam bulan lalu membenarkan harta Sajat disita dan dilelong susulan gagal membayar pampasan kepada OWA Resources. Mahkamah membenarkan permohonan pihak plaintif menuntut pampasan RM183,000 yang gagal dibayar oleh Sajat melalui proses penyitaan itu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
belilies: PA Aliff syukri??? Beraninya! Takkanlah xdpt cari pastu? Senyap2 pulak
belilies replied at 16-12-2021 07:26 PM
PA Aliff syukri??? Beraninya! Takkanlah xdpt cari pastu? Senyap2 pulak
tikusmontok replied at 17-12-2021 01:02 AM
Dah lps berjimba ke turki
CiliPadiSedap replied at 16-12-2021 07:32 PM
sajad pun lesap boleh lepas border ni kan PA suara chipmunks
belilies replied at 16-12-2021 07:26 PM
PA Aliff syukri??? Beraninya! Takkanlah xdpt cari pastu? Senyap2 pulak
belilies replied at 17-12-2021 01:16 PM
Siyeslaaa?? Taktik deyols lh ni. Aliff tu kan bff sajat
CikYaYaYa replied at 17-12-2021 05:35 PM
iols xbekap si sangkak yang lari lepas menang bida nie cumaa blh x sesapa yg pndai bab law ni tu sat ...
CikYaYaYa replied at 17-12-2021 05:35 PM
iols xbekap si sangkak yang lari lepas menang bida nie cumaa blh x sesapa yg pndai bab law ni tu sat ...
Selepas menerima tarikh bidaan, baru bincang perkara lain (failkan kes menghina mahkamah berikutan tindakan pembida mempermainkan proses lelongan)
ADVERTISEMENT