Lelaki maut selepas terjun dari tingkat lima sebuah bangunan kediaman di Jaipur ketika cuba melarikan diri daripada suami kekasihnya.
Menurut polis, lelaki berusia 29 tahun itu menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang sudah berkahwin, lapor India.com. Pasangan kekasih itu dilaporkan 'kahwin lari' dua tahun lalu sebelum tinggal di sebuah flat bersama anak perempuan wanita terbabit yang masih kecil. Namun, suami wanita berkenaan berjaya mencari dan menjejaki isterinya di Jaipur pada Ahad lalu.
Difahamkan, lelaki terbabit panik melihat suami kekasihnya muncul secara tiba-tiba sebelum dia melompat dari balkoni rumah. Dia segera dihantar ke hospital, namun disahkan meninggal dunia sehari kemudian. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT