Beberapa jalan di sekitar Hulu Langat akan ditutup selama dua jam pada setiap hari Isnin hingga Khamis bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan sampah akibat banjir di kawasan perumahan serta bahu jalan.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penutupan itu bermula dari pukul 8 hingga 10 pagi bagi melancarkan proses kutipan sampah oleh KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) susulan berlaku kesesakan jalan sehingga menghalang lori syarikat tersebut menjalankan tanggungjawabnya. “Pada peringkat awal, kita ingin melaksanakan penutupan itu selama dua hari sahaja namun bagi kawasan Hulu Langat kita melakukan penutupan setiap hari kecuali Jumaat hingga Ahad.
“Ini berikutan jumlah sukarelawan pada tiga hari berkenaan sangat ramai, jadi kita tidak mahu mengganggu kerja sukarelawan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
|
ADVERTISEMENT