KABUL: Gambar dan video sepasukan ejen perisikan Afghanistan menjadi tular kerana membuang kira-kira 3,000 liter minuman kerαs ke dalam sebuah terusan. Difahamkan, semua minuman keras itu dirampas melalui serbuan di ibu negara terbabit sebelum rakaman video yang dikeluarkan Direktorat Am Perisikan (GDI) menunjukkan ejennya menuang alkohol yang disimpan dalam tong ke terusan di Kabul. "Umat Islam perlu benar-benar menahan diri daripada menghasilkan dan memasarkan arak," kata seorang ulama dalam video yang disiarkan agensi itu menerusi Twitter semalam. Perkara itu dimaklumkan oleh agensi perisikan Afghanistan ketika pihak berkuasa Taliban berusaha membanteras penjualan minuman kerαs di negara tersebut.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan bila operasi serbuαn itu dilakukan mahupun minuman kerαs itu dibuang, lapor sebuah agensi sebagaimana dipetik daripada Berita Harian. Namun, satu kenyataan dikeluarkan oleh agensi perisikan menyatakan tiga individu ditαhαn dalam operasi serbuan tersebut. Aktiviti penjualan dan penggunaan αlkohol turut dilarang di bawah pemerintahan kerajaan sebelum ini. Namun, kerajaan baharu dibawah pimpinan kumpulan Taliban lebih tegas dalam menentangnya. Sejak Taliban mengambil alih Afghanistan 15 Ogos tahun lalu, kekerapan operasi serbuan termasuk terhadap penαgih dαdαh semakin meningkat di seluruh negara. Malah, Kementerian Penggalakan Kebajikan dan Pencegahan Maksiat kerajaan Taliban juga mengeluarkan beberapa garis panduan yang mengehadkan peranan wanita. Dalam perkembangan lain, kerajaan Taliban mengarahkan pemilik kedai di wilayah barat Herat memenggal kepala patung hiasan yang dipamerkan di premis masing-masing kerana dianggap sebagai 'berhala'. - CARI |
sikatkutu replied at 4-1-2022 05:42 PM
ntah kenapa rasa taliban sekarang ni dipihak benar..dulu kan kata bawah tajaan US
pening betul apa ...
BungaTepiMeja replied at 4-1-2022 08:13 PM
Kenapa la buang dalam tu.. Buang atas pasir pun meresap jugak
ADVERTISEMENT