CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Atlet Pernah Dibuli Sebab Penyakit Pelik Tak Boleh Senyum

5-1-2022 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1761| Komen: 6

Seorang wanita New Zealand dilahirkan dengan sindrom ganjil yang menyebabkan dia tidak boleh senyum, lapor akhbar New York Post kelmarin.


Tayla Clement, 24, menghidap gangguan neurologi dinamakan  sindrom Moebius yang menjejaskan otot-otot kawalan ekspresi muka dan pergerakan mata.


Kredit foto: Jam Press/@taylaclement

Akibat penyakit itu, Clement menghabiskan seluruh hidupnya tanpa dapat menggerakkan mata, mengangkat kening atau menggoyangkan bibir atasnya.

“Ia tidak selalunya mudah. Saya menghabiskan bertahun-tahun membenci senyuman saya, berharap saya mempunyai senyuman ‘biasa’ dan berharap diri saya tidak wujud. Namun, dengan beberapa keajaiban, saya masih di sini,” kata wanita itu yang juga merupakan seorang atlet.



Kredit foto: Jam Press/@taylaclement

Sindrom Moebius tidak mempunyai penawar, namun gejalanya boleh dirawat.

Pada usia 12 tahun, Clement menjalani ‘pembedahan senyuman’ di mana doktor memindahkan tisu lembut daripada paha ke wajahnya dalam usaha memulihkan senyumannya.

Bagaimanapun, prosedur tersebut gagal, menyebabkan Clement mengalami wajah yang membengkak dan lebam.

Dia kemudian turut menjadi mangsa buli kerana ‘wajahnya yang pelik’.

Kesan daripada itu, ketika berusia 18 tahun, Clement disahkan menghidap penyakit kemurungan yang teruk.


Kredit foto: Jam Press/@taylaclement

Wanita itu kemudian bersara daripada dunia sukan dan kini menyertai syarahan awam untuk memberikan inspirasi kepada orang lain yang mengalami kelainan wajah dan sindrom serupa.

“Menjadi sumber inspirasi, pemerkasaan dan harapan kepada orang lain adalah sangat menakjubkan,” kata bekas atlet itu yang mendokumentasikan perjalanan hidupnya buat 18,500 pengikutnya di laman Instagram.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 5-1-2022 11:19 AM
Cam muka mike myers
Quote Shazid 5-1-2022 11:42 AM
Kesianya.....seoga terus sukses
Quote mejaputih 5-1-2022 01:57 PM
Bersyukur la kita dikurniakan wajah yg boleh senyum.
Quote Artemesiaa 5-1-2022 02:04 PM
Bagus dia kuat semangat malah sudi membantu yang lain pula
Quote batmana 6-1-2022 01:03 PM
Ade yg boleh senyum pn muka masam..tk bersyukur
Quote Jitu 6-1-2022 01:19 PM
sedih je tengok muka dia

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.109493 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top