CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adik Yang Guna Akaun Untuk Beli Saham, Azam Baki Tak Buat Apa-Apa Jenayah

6-1-2022 07:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3902| Komen: 28

Putrajaya – “Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak memiliki apa-apa kepentingan serta pemilikan saham dalam mana-mana syarikat,” kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.


Itu penjelasan diberikan Azam berhubung dakwaan isu pemilikan saham dalam beberapa syarikat yang dibangkitkan beberapa agensi media dan portal bebas sejak beberapa bulan lalu.

Azam hari ini tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu pada sidang akhbar khas dikendalikan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) di sini.

Foto: Kosmo

Menurut Azam, tuduhan kononnnya terdapat ‘conflict of interest’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak adalah tidak berasas sama sekali.


Beliau berkata, perkara itu sudah dijelaskan oleh beliau kepada Panel LPPR bahawa akaun sahamnya digunakan oleh adiknya, Nasir Baki untuk urus niaga dan beliau tiada kepentingan ke atas saham-saham yang dibeli itu.

“Saham-saham itu dibeli melalui pasaran terbuka oleh adik saya menggunakan pembiayaannya dan saham-saham syarikat yang dibeli olehnya tiada kaitan dengan siasatan oleh SPRM.

“Bagaimanapun, saham-saham tersebut kemudian dipindahkan kepada akaun saham beliau (Nasir).

“Saya tidak melihat ia satu isu apabila membenarkan adik menggunakan akaun saya untuk membeli saham. Jika ia satu kesalahan beritahu saya bahawa ia adalah satu kesalahan,” katanya.

Berhubung tuduhan beliau mengawal banyak syarikat, Azam menjelaskan, dakwaan itu adalah satu persepsi negatif dan menggambarkan seolah-olah beliau mengawal satu konglomerat yang besar. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakominami 6-1-2022 08:04 AM
Kenapa adik tak guna akaun dia?
Quote CARI-MRO 6-1-2022 08:04 AM
“Saham-saham itu dibeli melalui pasaran terbuka oleh adik saya menggunakan pembiayaannya dan saham-saham syarikat yang dibeli olehnya tiada kaitan dengan siasatan oleh SPRM.

“Bagaimanapun, saham-saham tersebut kemudian dipindahkan kepada akaun saham beliau (Nasir).

“Saya tidak melihat ia satu isu apabila membenarkan adik menggunakan akaun saya untuk membeli saham. Jika ia satu kesalahan beritahu saya bahawa ia adalah satu kesalahan,” katanya.
Quote zarulnazmi 6-1-2022 08:15 AM
kotakominami: Kenapa adik tak guna akaun dia?


Alasan nak lepaskan tengkuk sendiri agaknya.
Quote Kitty_catz 6-1-2022 08:18 AM
zarulnazmi replied at 6-1-2022 08:15 AM
Alasan nak lepaskan tengkuk sendiri agaknya.

nak lepas kan diri sendiri, tapi adik tersadung kaki pulek
mana dapat duit beli saham? awat letak dlm acc abang?

duit beli saham tu dah declare income tax belum?




Quote Mooverine 6-1-2022 08:21 AM
LoL sangat
Quote batu kikir 6-1-2022 08:21 AM
Edited by batu kikir at 6-1-2022 08:24 AM

Securities companies  are not stupid
Quote AznieBunnie 6-1-2022 08:27 AM
sebab dia somebody je la orang baca dan layan ceritara putar alam dia.
kalau marhean bilis, dah kena angkut dah.
Quote green~tea 6-1-2022 08:43 AM
People can be so creative  dalam bisnes mendobi ya
Quote toynme 6-1-2022 09:11 AM
adik dia asal tak guna nama sendiri.....memang patut pegi neraka premium la..bosan dengan manusia mcm ni.....dia ni report dekat jagung kan? takde tindakan ke?
Quote rikiruj 6-1-2022 09:25 AM
Kejadian dah lama tahun 2015.. patut sebelum lantik sesapa jadi no 1 kena check betul2 takut ada skeleton in the closet mcm ni.
Quote chandrahusin 6-1-2022 09:45 AM
selalu org gomen suruh org lain proxy buat harta
apa pun jadi lah buat rakyat lupa mslh lebih bsr
banjir dgn balak merata2 ni
Quote toxicated 6-1-2022 10:01 AM
Pasni sapa2 buat money laundering bleh jela petik nama anaka beranak kan
Quote c===8 6-1-2022 10:12 AM
berapa lama sebelum transfer shares tu ke acc adik dia?

broker yg dia trade tu tak check ke sumber kewangan sorg penjawat awam mampu beli saham nilai jota2?
Quote stingeritters 6-1-2022 10:27 AM
green~tea replied at 6-1-2022 08:43 AM
People can be so creative  dalam bisnes mendobi ya

You too are almost there.......give another one or two more years...

Creativity dlm kesesatan....

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote saviour_09 6-1-2022 10:34 AM
alasan semudah abc giteewww
Quote lipans 6-1-2022 10:35 AM
biasa org kerajaan guna akaun org luar. Ni terbalik.
Quote salimrock 6-1-2022 10:46 AM
toynme replied at 6-1-2022 09:11 AM
adik dia asal tak guna nama sendiri.....memang patut pegi neraka premium la..bosan dengan manusia mc ...

haha, suka dgn istilah neraka premium...


mmg sesuai lah utk orang2 yg makan rasuah
Quote xAthenax 6-1-2022 10:50 AM
People can call me anything, I won't be insulted
but this  super insulting
Quote ..maksu 6-1-2022 11:13 AM
statement mcm ni memang boleh confirm mensucikan dosa ke? so pasni siapa2 rakyat boleh print la kot statement cibai ni letak dalam frame

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.080923 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top