View: 3177|Reply: 28
|
Adik Yang Guna Akaun Untuk Beli Saham, Azam Baki Tak Buat Apa-Apa Jenayah
[Copy link]
|
|
Putrajaya – “Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak memiliki apa-apa kepentingan serta pemilikan saham dalam mana-mana syarikat,” kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Itu penjelasan diberikan Azam berhubung dakwaan isu pemilikan saham dalam beberapa syarikat yang dibangkitkan beberapa agensi media dan portal bebas sejak beberapa bulan lalu.
Azam hari ini tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu pada sidang akhbar khas dikendalikan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) di sini.
Foto: Kosmo
Menurut Azam, tuduhan kononnnya terdapat ‘conflict of interest’ seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak adalah tidak berasas sama sekali.
Beliau berkata, perkara itu sudah dijelaskan oleh beliau kepada Panel LPPR bahawa akaun sahamnya digunakan oleh adiknya, Nasir Baki untuk urus niaga dan beliau tiada kepentingan ke atas saham-saham yang dibeli itu.
“Saham-saham itu dibeli melalui pasaran terbuka oleh adik saya menggunakan pembiayaannya dan saham-saham syarikat yang dibeli olehnya tiada kaitan dengan siasatan oleh SPRM.
“Bagaimanapun, saham-saham tersebut kemudian dipindahkan kepada akaun saham beliau (Nasir).
“Saya tidak melihat ia satu isu apabila membenarkan adik menggunakan akaun saya untuk membeli saham. Jika ia satu kesalahan beritahu saya bahawa ia adalah satu kesalahan,” katanya.
Berhubung tuduhan beliau mengawal banyak syarikat, Azam menjelaskan, dakwaan itu adalah satu persepsi negatif dan menggambarkan seolah-olah beliau mengawal satu konglomerat yang besar. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa adik tak guna akaun dia? |
|
|
|
|
|
|
|
“Saham-saham itu dibeli melalui pasaran terbuka oleh adik saya menggunakan pembiayaannya dan saham-saham syarikat yang dibeli olehnya tiada kaitan dengan siasatan oleh SPRM.
“Bagaimanapun, saham-saham tersebut kemudian dipindahkan kepada akaun saham beliau (Nasir).
“Saya tidak melihat ia satu isu apabila membenarkan adik menggunakan akaun saya untuk membeli saham. Jika ia satu kesalahan beritahu saya bahawa ia adalah satu kesalahan,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
kotakominami: Kenapa adik tak guna akaun dia?
Alasan nak lepaskan tengkuk sendiri agaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
nak lepas kan diri sendiri, tapi adik tersadung kaki pulek
mana dapat duit beli saham? awat letak dlm acc abang?
duit beli saham tu dah declare income tax belum?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by batu kikir at 6-1-2022 08:24 AM
Securities companies are not stupid
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab dia somebody je la orang baca dan layan ceritara putar alam dia.
kalau marhean bilis, dah kena angkut dah. |
|
|
|
|
|
|
|
People can be so creative dalam bisnes mendobi ya |
|
|
|
|
|
|
|
adik dia asal tak guna nama sendiri.....memang patut pegi neraka premium la..bosan dengan manusia mcm ni.....dia ni report dekat jagung kan? takde tindakan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kejadian dah lama tahun 2015.. patut sebelum lantik sesapa jadi no 1 kena check betul2 takut ada skeleton in the closet mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
selalu org gomen suruh org lain proxy buat harta
apa pun jadi lah buat rakyat lupa mslh lebih bsr
banjir dgn balak merata2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pasni sapa2 buat money laundering bleh jela petik nama anaka beranak kan |
|
|
|
|
|
|
|
berapa lama sebelum transfer shares tu ke acc adik dia?
broker yg dia trade tu tak check ke sumber kewangan sorg penjawat awam mampu beli saham nilai jota2? |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 6-1-2022 08:43 AM
People can be so creative dalam bisnes mendobi ya
You too are almost there.......give another one or two more years...
Creativity dlm kesesatan....
Kahkahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
alasan semudah abc giteewww |
|
|
|
|
|
|
|
biasa org kerajaan guna akaun org luar. Ni terbalik. |
|
|
|
|
|
|
|
haha, suka dgn istilah neraka premium...
mmg sesuai lah utk orang2 yg makan rasuah
|
|
|
|
|
|
|
|
People can call me anything, I won't be insulted
but this super insulting
|
|
|
|
|
|
|
|
statement mcm ni memang boleh confirm mensucikan dosa ke? so pasni siapa2 rakyat boleh print la kot statement cibai ni letak dalam frame |
|
|
|
|
|
|
| |
|