CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Suntikan Sehari, Lelaki Terima 11 Dos Vaksin Covid-19 Sihat- "Hilang Sakit-Sakit Badan"

10-1-2022 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1419| Komen: 6

New Delhi– Seorang lelaki di India dilaporkan telah menerima 11 suntikan vaksin Covid-19 dan mengaku ia membantu mengekalkan kesihatannya, lapor Mirror.co.uk.

Brahmdeo Mandal, 65, mengaku menerima 11 dos vaksin di negeri Bihar. Siasatan kini sedang dijalankan untuk mengenal pasti cara dia mendapatkan suntikan tersebut.

Mandal berkata, suntikan itu membantu mengekalkan kesihatannya dan menghilangkan sakit-sakit badan tanpa sebarang kesan buruk.


Foto: The Mirror

Pesara posmen yang tinggal bersama keluarganya di daerah Madhepura itu dihentikan daripada mengambil suntikan ke-12 di sebuah pusat vaksin pada minggu lalu.


“Kami telah menemui bukti bahawa dia mengambil lapan suntikan dari empat tempat,’’ jelas Amarendra Pratap Shahi yang merupakan pakar bedah awam Madhepura kepada agensi berita BBC.

“Kami bingung bagaimana ini boleh berlaku. Mungkin disebabkan kegagalan portal. Kami cuba menyiasat sama ada terdapat sebarang kecuaian oleh petugas pusat vaksinasi,’’ tambahnya. 

Dalam pada itu, Mandal turut dilaporkan mengambil dua suntikan vaksin dalam tempoh setengah jam pada hari yang sama.

“Satu-satunya cara ini boleh berlaku adalah apabila data vaksinasi lambat dimuat naik ke portal,’’ jelas Pakar Kesihatan Awam, Chandrakant Lahariya kepada BBC.  – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 10-1-2022 12:36 PM
Quote krustykrab 10-1-2022 12:39 PM
Normabaru replied at 10-1-2022 12:36 PM

Tu dia ko...
Quote Decaffeinated 10-1-2022 02:03 PM
“Satu-satunya cara ini boleh berlaku adalah apabila data vaksinasi lambat dimuat naik ke portal,’’

India negara IT pun tak kan tak boleh lawan sistem Malaysia kot. RM 70 juta ja

Quote Dwdrum 10-1-2022 02:06 PM
Gang run the mouth boleh kalah dengan pocit ini... Sedang kan 1 dose tidak ambil....
Quote abangbikerz 10-1-2022 04:22 PM
patutnya malaysia pon buat gini utk geng2 antivax
Quote Artemesiaa 10-1-2022 04:26 PM
Moga masih sihat seperti diperkatakan dalam beberapa tahun mendatang

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.055460 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top