Masalah utama yang sering kali dihadapi selebriti kelahiran Negeri Di Bawah Bayu terutama mereka yang menceburi dunia lakonan adalah perbezaan 'loghat'. Bagaimanapun, Noki yang kali pertama berlakon menerusi drama Oh My Hantaran mendapat pujian daripada warga maya. Memegang watak utama sebagai Mail, penyanyi rap yang juga anggota kumpulan K-Clique itu berjaya menuturkan dialog dengan baik tanpa 'loghat' negeri yang ketara. Lakonannya juga tidak kaku walaupun berganding dengan pelakon berpengalaman antaranya Elisya Sandha, Salina Saibi dan Raja Azura.
|
ADVERTISEMENT