Kisah pernikahan duda kaya separuh usia dengan seorang remaja berusia 18 tahun di Kota Makassar menjadi tular selepas wanita itu dikatakan menerima wang hantaran sebanyak 100 juta rupiah (RM29,403), lapor laman berita Timur Kota semalam.
Tidak cukup dengan itu, ahli perniagaan dikenali sebagai H Sule itu dikatakan turut menyerahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Fortuner dan sebuah rumah kepada isterinya. Seorang ahli keluarga gadis itu bagaimanapun tampil menjelaskan hal sebenar dengan memberitahu bahawa nilai hantaran yang diterima itu adalah benar, namun tidak bagi kenderaan SUV tersebut dan rumah.
Menurutnya, pengantin perempuan menerima wang hantaran sebanyak 70 juta rupiah (RM20,582), manakala selebihnya sebanyak 30 juta rupiah (RM8,821) terdiri daripada sebidang tanah. “Saya sendiri mendengar ketika akad nikah diadakan. Tiada kereta atau rumah yang diberikan sebagai hantaran,” katanya. Tambah individu tersebut, pernikahan itu juga berlangsung secara sederhana, namun ia menjadi tular kerana nilai hantaran tersebut telah diperbesarkan oleh netizen. “Majlisnya juga biasa sahaja. Mungkin kerana pengantin lelaki dikenali ramai dan isterinya masih remaja, jadi ramai yang tersalah sangka mengenai pernikahan ini,” jelasnya. Berita mengenai perkahwinan tersebut menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen. “Daripada hantaran ini saya sedar bahawa wang adalah segalanya. Semoga ‘datuk’ bahagia selalu,” kata seorang netizen. Sumber: Kosmo
|
krustykrab replied at 15-1-2022 09:06 PM
Alah..serupa ctlijah, zizikbung, ragad bersama2 atuk masing2
hyie replied at 15-1-2022 02:31 PM
sibuk pulak ye nak tau orang tu boleh beromen ke tidak tau lah dia nanti, takkan semua be ...
nakkomenjugak replied at 15-1-2022 01:17 PM
Yasssss snatch that money bag sissss
gideoncross replied at 15-1-2022 10:06 PM
Secure that money bagggg.
nakkomenjugak replied at 15-1-2022 10:12 PM
khenzzzz
tak yah susah2 keje
macam kawan iol tu haaa
ADVERTISEMENT