Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi rangkaian media sosial terbaharunya, Maktabah Al-Bakri menjawab persoalan mengenai sah atau tidak perkahwinan berwalikan seorang perokok.
Dalam hal itu, tulis beliau, wali ataupun dalam bahasa arabnya al-Wali dari sudut bahasa bermaksud ‘dekat atau hampir’. Ia disebut ‘waliyyahu, walyan’ iaitu hampir kepadanya. Dan ‘wali al-Amr’, apabila berurusan dengannya dan ‘tawalla al-Amr’ iaitu dilantik akan dia.
Dari sudut istilah, al-wilayah digunakan sebagai ketua yang tertinggi, qadi, tentera dan selainnya. Terdapat pelbagai maksud yang digunakan pada kalimah wali atau wilayah, ia juga memberi maksud sebagai wakil atau penjaga seperti yang diibaratkan sebagai wali di dalam nasab keturunan, wakil dalam pembahagian harta dan lain-lain lagi. Selain itu, tulis beliau, pada maksud yang lain al-wilayah berlawan dengan al-A’dawah, secara asalnya ia bermaksud kasih sayang dan hampir. Dan maksud al-A’dawah ialah kebencian dan jauh. Wali pernikahan pula adalah orang yang menentukan sahnya akad. Akad nikah tidak sah dengan ketiadaannya. Wali itu seperti bapa, orang yang diwasiatkan, karib kerabat yang dekat (al-Qarib al-Ashib), orang yang membebaskan hamba, penguasa dan raja. Di samping itu jelasnya, terdapat beberapa ciri atau kriteria yang perlu ada pada diri seorang wali. Antaranya, tidak melakukan sebarang dosa besar, dan tidak berterusan melakukan dosa kecil. Serta tidak melakukan sebarang perbuatan yang mencemarkan maruah seperti kencing di jalanan, dan seumpamanya. Imam Ibn Hamdan Rahimahullah berkata: Setiap perbuatan dosa besar, sekali sahaja melakukannya telah menjadikan seorang itu jatuh fasiq manakala perbuatan dosa kecil, seseorang itu dikira sebagai fasiq sekiranya melakukannya sebanyak tiga kali. Menjawab persoalan di atas, pernikahan yang berwalikan seorang perokok itu adalah sah. Malah katanya, dengan syarat, wali tersebut terlebih dahulu memperbanyakkan amal soleh dan juga taubat, sehinggalah tiba hari pernikahan. Hal ini kerana seseorang wali yang juga merupakan perokok mempunyai kekurangan kepada sifat ‘adalah (keadilan) mereka. Sumber: Utusan
|
dua_chzy replied at 12-1-2022 03:36 PM
Tak ambik pendidikan Islam dari pra sekolah hingga tingkatan 5 pun boleh fikir jawapannya sah2 sah, ...
anony-mous replied at 12-1-2022 04:13 PM
Mgkin sbb syarat sah wali kot. Xboleh org yg fasik. Elok ban bapak yg xbg nafkah, x contact ank2 l ...
dua_chzy replied at 12-1-2022 04:16 PM
Kalau ikut betul syarat tu sis, matilah ramai bapak2 tak layak jadik wali. Yang tak bagi nafkaj, y ...
anony-mous replied at 12-1-2022 04:19 PM
Mmg patut xlayak sis. Dkt fb bukan main mengata org prempuan. X sedar diri masing2 xlayak pon jd w ...
Adrif replied at 12-1-2022 05:06 PM
aip. dulu masa belajar kata tak boleh. tak sah. ni dah boleh pulok
I very confuse. ikut je la kata ...
makadek replied at 12-1-2022 05:28 PM
Jgn extreme sgt dlm beragama bole takkkk
ADVERTISEMENT