Oleh : LOO TUNG SEANG Artikel Diterbitkan : 20 Julai 2015
Musim Raja Segala buah-buahan, durian kembali lagi! Bagi peminat durian, pasti tidak akan melepaskan peluang merasai kelazatannya. Tetapi bagi mereka yang tidak minat, terhidu sahaja baunya, pasti lari sejauh mana yang boleh. Namun demikian, bila berdepan buah durian yang penuh dengan duri tersebut, cara bagaimana membukanya merupakan langkah pertama sebelum merasai kelazatannya.
Kebanyakan orang selain meminta bantuan penjual terbabit untuk membuka buah durian itu, ada pula yang akan mendapatkan bantuan ayah atau abang ketika di rumah. Baru-baru ini, di media sosial tersebar luas satu video yang menunjukkan seorang pakcik dengan mudahnya membelah buah durian hanya menggunakan buku lima, kehebatannya amat mengkagumkan!
Dalam video yang berdurasi kira-kira 3 minit itu, dapat menyaksikan 4 lelaki sedang cuba membelah buka durian yang berada di atas meja, pelbagai cara digunakan, antaranya guna pisau, menghentak dan mencucuk dengan batu-bata secara bergilir-gilir dan lalu membelah bukanya dengan sepenuh tenaga, akhirnya barulah berjaya setelah cuba sedaya-upaya. Akan tetapi setelah merasai bau isi durian, mereka masing-masing kelihatan bermasam muka dan ada pula termuntah apabila makan isinya, rata-rata netizen yang menyaksikan video berkenaan ketawa tak kering gusi. Selain itu, tahun lepas di media sosial juga pernah tersebar luas sebuah video yang mengenai sejenis peralatan membelah buka durian yang hebat. Caranya adalah dengan meletakkan buah durian di peralatan tersebut, lalu menekan dengan pelahan dan tarik dua bilah pisau yang terdapat di atasnya, maka buah durian itu akan dapat dibelah dua dengan senangnya. Walau bagaimana pun, ada netizen yang mengatakan bagi mereka yang biasa membelah buka buah durian tiada apa-apa peralatan diperlukan, peralatan tersebut di atas hanya lah untuk mereka yang malas dan hanya tahu nak makan sahaja. Dan ada pula netizen yang berpendapat, ianya merupakan sesuatu kepuasan kalau sendiri yang membelah buka buah durian dengan menggunakan tangan dan pisau. Apa sekali pun pandangan yang dinyatakan, sebenarnya membelah buka durian bukanlah kerja yang menyusahkan. Caranya adalah menggunakan pisau memotong mengikut garisan dariapada hujung buah durian dan membelahnya dengan sedikit kekuatan. - CARI Infonet
|
6
Bagus |
8
Marah |
12
Terkejut |
9
Sedih |
12
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kukukatablog replied at 20-7-2015 05:30 PM
aku ingatkan kupas dengan cara lebih baik,
rupanya cara gila..
sampai tangan berdarah...
emelia1509 replied at 7-5-2017 02:40 AM
demi doyan free sanggup
ADVERTISEMENT