Musim Raja Segala buah-buahan iaitu durian kembali lagi!
Bagi peminat durian, pasti tidak akan melepaskan peluang merasai kelazatannya. Tetapi bagi mereka yang tidak minat, terhidu sahaja baunya, pasti lari sejauh mana yang boleh.
Namun demikian, bila berdepan buah durian yang penuh dengan duri tersebut, kebanyakan orang selain meminta bantuan penjual terbabit untuk membuka buah durian itu, manakala ada yang akan mendapatkan bantuan ayah atau abang ketika di rumah.
Baru-baru ini, di media sosial tersebar luas satu video yang menunjukkan seorang pakcik dengan mudahnya membelah buah durian hanya menggunakan buku lima, kehebatannya amat mengkagumkan!
Menerusi video itu, kelihatan seorang penjual durian cuba menjual duriannya kepada pakcik tersebut, lalu pakcik itu berkata dengan nada bergurau, " Kalau saya dapat buka buah durian ini dengan menggunakan tangan saya, durian ini you kena bagi saya makan!" Penjual durian itu kemudian senyum sambil menjawab, " kalau awak berjaya, sekalung durian ini dihadiahkan kepada awak pun boleh!"
Bagi memastikan cabarannya menyakinkan, pakcik itu bagi penjual tersebut memeriksa tangannya dan juga membiarkan orang ramai yang berada di sekeliling semak buah durian tersebut adalah belum dibelah lagi.
Lepas itu, barulah menggenggam buku limanya dan satu tumbukan demi satu tumbukan menumbuk ke arah hujung durian tersebut.
Meskipun bagi sesiapa yang menyaksikan situasi itu pasti terasa sakit, namun pakcik berkenaan tetap meneruskan tumbukan sehingga akhirnya buah durian itu terbelah dua.
Peringatan buat semua, jangan sesekali meniru tindakan pakcik itu, ini kerana tangannya turut tercedera setelah membelah secara tumbukan dengan menggunakan buku lima.
Di benua Eropah pula, terdapat sekumpulan rakyat Jerman yang kelihatan bersusah-payah mendapatkan cara untuk membelah buka buah durian, apabila gelagat tersebut tersebar di media sosial telah menimbulkan ramai netizen rasa tergelak.
Dalam video yang berdurasi kira-kira 3 minit itu, dapat menyaksikan 4 lelaki sedang cuba membelah buka durian yang berada di atas meja, pelbagai cara digunakan, antaranya guna pisau, menghentak dan mencucuk dengan batu-bata secara bergilir-gilir dan lalu membelah bukanya dengan sepenuh tenaga, akhirnya barulah berjaya setelah cuba sedaya-upaya.
Akan tetapi setelah merasai bau isi durian, mereka masing-masing kelihatan bermasam muka dan ada pula termuntah apabila makan isinya, rata-rata netizen yang menyaksikan video berkenaan ketawa tak kering gusi.