CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Makanan Eksotik - Landak Masak Kicap

7-8-2015 04:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 30310| Komen: 13


Oleh : Dean BZ

Sumber foto : resepisarawakian.blogspot.com

Siapa kat sini pernah makan landak? Pasti jarangkan yang berpeluang merasa keenakkan daging landak kerana landak merupakan haiwan eksotik yang dilindungi oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Sudah pastilah tidak dijual dipasar-pasar basah.

Dilaporkan bahawa semangkuk sup daging landak mampu mencecah RM10 dan pasaran daging segarnya mencecah RM60 sekilogram.

Landak sangat unik dan cara untuk melapah kulitnya juga mungkin jarang yang kita lihat. Oleh kerana badan landak dipenuhi dengan duri, jadi cara untuk menyiang landak adalah dengan menyiat seluruh kulitnya dengan hanya menggunakan tangan sahaja.




Mengikut perkongsian seorang forumer CARI, daging landak dikatakan manis dan lembut, kadangkala rasanya sedap mengalahkan daging rusa. Selain dimasak, hempedu landak juga dipercayai baik untuk mengubati penyakit lelah/semput namun harus ditelan secara mentah selepas landak disembelih.


Ini pula
Resepi LANDAK GORENG BERKICAP yang dikongsikan oleh resepisarawakian.blogspot.com

Bahan-Bahan:
Seekor landak yang telah dipotong
Kicap
Garam dan perasa

Bahan A:
Halia 1 cm dihiris
Cili padi 1 biji
Bwg Merah 1 biji
Bwg Putih 2ulas
Serai 2 btg diketuk


Bahan B :
Ditumbuk:
Bwg merah 1 biji
Bwg putih 2 ulas
Serai 1 btg
Halia 2cm

Cara-Cara Memasaknya:
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan Bahan A diikuti Bahan B dan tumis sehingga naik bau.
Kemudian masukkan Daging Landak dan 2 cawan air dan tutup kuali.
Tunggu sehingga air dalam kuali hampir kering, jika landak masih liat , tambahkan air semula dan biarkan  sehingga daging lembut.
Apabila air dah dalm kuali dah kekeringan , daginbg tersebut hendaklah sentiasa dikacau untuk mengelakkan daging hangus.
Kemudian masukkan kicap , garam dan perasa. Siap dan hidangkan.

Nampak menyelerakan sungguh, teringin nak rasa. - CARI Infonet.



20

Bagus
15

Marah
21

Terkejut
15

Sedih
21

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matahari7001 6-2-2015 02:18 AM
eh teringat duri die orang selalu buat ngaji dulu2..
Quote mdhelmi 6-2-2015 08:11 AM
xpernah tgk org sembelih landak
nampak mcm susah nak handle dgn ada duri2 dia tu
Quote moocoww 3-3-2015 03:04 AM
Sedapnya landak masak lemak cili padi...
Quote bellaa 15-3-2015 03:25 PM
x berani nak makan
Quote kejoraria 16-3-2015 04:14 PM
tak terpikir nak mkn benda alah ni
Quote purpledesire 5-6-2015 08:39 PM
halal ker daging landak nie.? siap boleh buat gulai lagi..huhuu
Quote mayaBB 7-8-2015 05:21 PM
tkotnyeee.... mcm pulak maya tgk landak ni...
Quote ballerinabiru 12-8-2015 05:32 PM
salai dulu baru sedap
lemak asli landak tidak berapa enak bau nya
takut time mengawan, lagi tak sedap
untuk selamat, elok salai
kendian masak lemak cili api, kuah pekat
Quote starbee 1-9-2015 03:22 PM
klo xtau aku makan je... tp tgk cara buang kulit dia perghhhhh.... duri best bt lidi mengaji... oh nostalgia sungguh...
Quote watie_na 12-1-2016 04:09 PM
Pernah makan sekali. aku luah balik. tak terkunyah. pelik betul rasanya
Quote piao 22-2-2021 07:45 PM
sedap masak cili api.. klu pg n9 boleh jmpa la kedai2 jual tp x bnyk la
Quote pinkbubblegum 20-3-2021 08:35 PM
Penah makan.... dulu2... sedap gak
Quote manusia_hairan 22-3-2021 02:10 PM
Ada ke sate landak. Tak terbayang lah makan landak

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.057354 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top