Sumber foto : FB Nana Mahazan Dj radio, pengacara dan penyanyi, Nana Mahazan menafikan dakwaan bahawa dia cuba meniru gaya dan bersaing dengan pelakon dan pengacara terkenal Scha Al-Yahya. Nana yang juga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim pertama juga bakal menjadi pengacara untuk Akedemi Fantasia 2015 nanti, lapor sebuah portal hiburan rotikaya.
“Bukanlah saya nak merendah diri atau saya ini ada masalah dengan keyakinan diri. Tetapi rasanya untuk orang bandingkan saya dengan Scha, itu adalah sangat mustahil kerana dia sudah punya kedudukan tersendiri” “Saya tak nak jadi macam dia dan saya tak boleh jadi macam dia sebab dia adalah dia dan saya adalah saya. Dia seorang selebriti yang popular dan anaknya juga kecil-kecil lagi sudah jadi selebriti. Langsung tak sama dengan saya” “Semua yang saya dapat, ini adalah rezeki saya. Itu pun saya rasa segan sebab orang masih kenal saya sebagai selebriti sedangkan saya rasa saya tak popular pun, tak macam Stacy, tak macam Hafiz misalnya. Ikhlas saya cakap dari lubuk hati saya,” jelasnya yang aktif menjadi jurucakap kepada beberapa iklan komersial kepada Utusan Malaysia. Apa pun, semoga Nana dan Scha terus maju jaya dan mencapai impian masing-masing. - CARI Infonet. |
8
Bagus |
8
Marah |
2
Terkejut |
Sedih |
5
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chinta89 replied at 6-8-2015 11:10 AM
apesal nana mahzan iols ingat azizah mahzan??
ADVERTISEMENT