CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta tenggelam akibat air pasang

24-6-2013 11:04 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13344| Komen: 30



KUALA SELANGOR - Niat seorang lelaki membantu menarik kereta Perodua Viva rakannya yang terkandas di pesisir Pantai Remis di sini, semalam, tidak kesampaian apabila kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux yang dipandunya turut tenggelam.

Kesannya hampir lima jam usaha mengeluarkan kenderaan tersebut berikutan keadaan pantai yang bergelora.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Perodua Viva itu berjaya dinaikkan dengan bantuan penduduk kampung yang mengangkat kenderaan tersebut.

Manakala kenderaan milik lelaki itu, terperangkap lebih lima jam berikutan air yang surut mulai pasang merumitkan keadaan.

Seorang saksi, Khairul Nizam Mizan, 36, berkata, pelbagai cara dilakukan untuk mengeluarkan kereta berkenaan tetapi menemui jalan buntu berikutan kenderaan tersebut berat.

“Kami cuba menarik kereta menggunakan tenaga kami dan bantuan kenderaan lain tetapi tidak berjaya.

“Malah ombak yang kuat menyebabkan kereta dimasuki air 70 peratus juga semakin merumitkan keadaan,” katanya.

Kenderaan tersebut bagaimanapun berjaya dinaikkan sekitar jam 5 petang selepas air mulai surut.

Difahamkan, sebelum ini kejadian sama pernah berlaku berikutan hakisan pantai sejak setahun lalu.

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 24-6-2013 10:09 AM
Niat dah murni....but tak de rezeki laa juga
Quote chaintea 24-6-2013 10:13 AM
yg kwnnya dok bawa keta pi tepi pantai apsal...
aduhai..punah..

ni insurans cover tak?
Quote batusembilan 24-6-2013 10:18 AM
kena air laut mmg naya laa...
Quote rospinki 24-6-2013 10:18 AM
bole buat besi buruk je la..pandai tk betempat la ni..ingat mcm citer tamil hero datang tolong awek keta sangkut..amek kaw..
Quote InVendeTTa 24-6-2013 10:19 AM
heheh...
slalu nampak geng yg sungguh pprt duk bawak keta ke pantai yg tgh surut
and juga ternampak mereka tersangkut dlm pasir halus
kalo yg ni mmg total fail ler
masuk air laut trus
Quote alisyadania 24-6-2013 10:24 AM
pernah jugak jadi macamni kat teluk senangin..kalau air pasang pokok2 tepi pantai pun dah Nampak separuh je..ni mesti kreta kawannya tersangkut dalam pasir
Quote ColbyRaikkonen 24-6-2013 10:27 AM
Kenapa sampai nak masuk sampai dalam pasir, parking tepi pantai?
Adakah menang sindrom orang Malaysia, mmg malas nak jalan, kalau boleh nak parking dalam kedai terus?
Quote Vokuro 24-6-2013 10:37 AM
ColbyRaikkonen posted on 24-6-2013 10:27 AM
Kenapa sampai nak masuk sampai dalam pasir, parking tepi pantai?
Adakah menang sindrom orang Malays ...

seharusnya, kalau boleh nak mandi laut duduk dalam kereta bang.
kalau kelaur kereta takut dapat HIV katanya, now, rasain loh./
Quote chaoyunjie 24-6-2013 10:48 AM
feling2 naik kuda kot...kan dah tenggelam
Quote menjad 24-6-2013 10:48 AM
nangis ler kalau jadi macam nie!
Quote kakiputaralam 24-6-2013 01:17 PM
Otak keling

Quote dragger 24-6-2013 02:19 PM
insuran tak cover nih

lebih kurang mcm bencana alam gak ni

kecuaian sendiri
Quote azlinahmad 24-6-2013 02:31 PM
yang nak ditolong dah terlepas....yang nak menolong pila tak lepas....nasib badan.
Quote caprut 24-6-2013 02:38 PM
tgok mcm india jea
Quote amyainsamad 24-6-2013 02:49 PM
hahahaha....xleh bygkn
Quote mjla 24-6-2013 02:53 PM
Geng selenge kan...

Peel meme camtu...
Quote batmana 24-6-2013 03:02 PM
Kalu kete bukan waterproof.xpyahla tolong..
Quote tebuanharimau 24-6-2013 03:19 PM
ColbyRaikkonen posted on 24-6-2013 10:27 AM
Kenapa sampai nak masuk sampai dalam pasir, parking tepi pantai?
Adakah menang sindrom orang Malays ...

sindrom kalau boleh nak park betul2 sebelah pintu ni dah berjangkit bila pg laut plak... lau boleh nak park betul2 sebelah dgn gigi air
Quote twins 24-6-2013 03:22 PM
adooiii...abis la kalau enjin dah masuk dek air laut...memang ke laut ler jawab nyerrrr...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.211104 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top