OLEH : TS LOO
Berita yang mendakwa jambatan di Jalan Kuching berhampiran Kompleks Sogo runtuh dan menyebabkan kesesakan terusk yang cepat tersebar di media sosial rupa-rupanya berita palsu. Sebaliknya, kesesakan sepanjang tiga kilometer adalah disebabkan berlakunya kemalangan yang melibatkan empat kenderaan di Jalan Kuching menghala ke Kepong pagi tadi. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 pagi itu melibatkan tiga buah kereta, sebuah van dan sebuah motosikal. Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu meskipun van yang terlibat dalam insiden berkenaan terbakar.
Jurucakap polis ketika dihubungi FMT menafikan kejadian berpunca daripada jambatan yang dikatakan runtuh. “Kita banyak menerima panggilan pagi ini mengatakan punca kemalangan itu berlaku disebabkan jambatan runtuh. Sebenarnya ia hanyalah satu kemalangan akibat pelanggaran,” Tambah jurucakap itu lagi, pihaknya terpaksa menjawab banyak panggilan daripada pengguna jalan raya yang terlibat dalam kesesakaan berkenaan gara-gara maklumat palsu yang diterima mereka menerusi aplikasi Whatsapp dan sebagainya. Mangsa yang cedera dalam kejadian itu di hantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan. - CARI Infonet
|
15
Bagus |
16
Marah |
17
Terkejut |
22
Sedih |
14
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
maharani_gebu replied at 3-9-2015 11:07 AM
ntahnyer... dpat info dr group wasap kata jambatan runtuh depan sogo... naik hangus otak dok pk cela ...
harkktuih replied at 3-9-2015 11:03 AM
ler..gigih memasing kata ada flyover runtuh kat sogo..
albedah replied at 3-9-2015 11:09 AM
Ini aje yang Kak Bed dapat.
harkktuih replied at 3-9-2015 11:12 AM
iols dapat 3 gambo kat wassap..
MeghanK replied at 3-9-2015 11:08 AM
flyover pejalan kaki tu kot
MeghanK replied at 3-9-2015 11:08 AM
flyover pejalan kaki tu kot
ADVERTISEMENT