CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sup Ikan Yu - Hidangan ' Jaga Air Muka '

28-9-2015 10:20 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11590| Komen: 4



Oleh : TS LOO

sumber foto : http://assets-a1.kompasiana.com/



Bagi masyarakat Cina, sup ini menjadi hidangan utama yang menarik tumpuan semua orang tetapi bagi pencinta alam sekitar, ia dianggap makanan paling teruk dalam dunia - dan makanan yang dimaksudkan ialah sup sirip ikan yu. 

Di kalangan orang Cina, hidangan sirip ikan yu adalah untuk ‘jaga muka’  yang melambangkan status dan kedudukan dalam masyarakat, manakala menjamu tetamu dengan sajian yang dianggap istimewa itu menandakan kekayaan seseorang.


sumber foto : http://www.sixthseal.com/


Sebelum memasak, sirip ikan yang kering perlu direndam selama beberapa jam terlebih dulu sehingga ia kembang dan kelihatan seperti bergetah. Selepas itu ia akan digoreng sekejap bersama rempah ratus dan perasa makanan terpilih. 

Sup sirip ikan yu yang turut mengandungi bahan lain seperti perisa ayam kemudiannya dimasak dalam ketuhar selama empat jam sehinggalah sirip menjadi lembut, jernih dan hancur. Hanya selepas ini barulah sup sedia dihidangkan. 


Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara menyediakan sup ikan yu yang menyelerakan dan berkhasiat :

   BAHAN-BAHAN:
  •                 300gm isi ikan yu (dibersihkan dan dibuang kulitnya)
  •                 2 ulas bawang merah | dikisar halus
  •                 2 ulas bawang putih | dikisar halus
  •                 3cm halia | dikisar halus
  •                 1 sudu teh serbuk kunyit
  •                 ½ sudu teh serbuk lada putih
  •                 Garam secukup rasa
  •                 Daun kari jika suka
  •                 Minyak zaitun

  CARA MEMASAK:

        1. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi.
        2. Selepas itu masukkan air dan ikan. Biar seketika.
        3. Masukkan serbuk kunyit, serbuk lada putih, garam dan daun kari jika suka.
        4. Biar didih dan hidang panas.

               

Kumpulan pencinta alam membantah tindakan memotong sirip ikan kerana ia adalah perbuatan yang kejam dan membazir. Ini kerana nelayan biasanya memotong sirip dari ikan yu yang masih hidup dan kemudiannya ikan berkenaan dicampak kembali ke laut - untuk mati. 

Tindakan ini juga menyebabkan populasi ikan yu turun mendadak. Walaupun ikan yu dianggap berbahaya tetapi ia mempunyai peranan penting dalam ekosistem marin (laut).

sumber foto : http://assets.hmetro.com.my/


Bagaimanapun sudah ada perubahan sikap di kalangan masyarakat Cina terutama generasi muda di bandar, orang muda sekarang memilih untuk tidak makan sirip ikan walaupun untuk majlis perkahwinan atas alasan mahu mengekalkan alam sekitar. Namun bagi orang tua-tua pula tidak bersetuju dengan alasan berkenaan. 

Harga sirip ikan yu bergantung kepada rupa dan saiznya. Sirip yang besar dianggap lebih baik dan tentu saja lebih mahal. Bahagian sirip yang paling digemari ialah sirip belakang atau depan. 

Namun menurut penjual, sirip pada bahagian ekor juga dianggap berkualiti tinggi. Ketebalan sirip berbeza mengikut spesies dan yang lebih tebal seperti sirip yu harimau lebih berkualiti dan mahal harganya. - CARI Infonet 



sumber : http://www2.hmetro.com.my/


30

Bagus
15

Marah
30

Terkejut
24

Sedih
30

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (159 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • RaginiEHarris

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote enKeladi 17-9-2015 04:12 PM
wahhhhh...sedap nyer


www.mrkeladi.blogspot.com
Quote wei_loon5063 29-9-2015 10:48 AM
saya cina dan saya tak menyokong makanan ini sebab ikan yu di bunuh untuk sirip dia

dan tidak mempunyai nilai khasiat
Quote starbee 29-9-2015 12:17 PM
oh takde khasiat ke... xtau plak... mmg zalim la aniaya jerung tu...
Quote poloy 29-9-2015 03:22 PM
ni lauk berpantang ya.. aku x tahan with the smell but nk cepat sihat, gagahkan diri utk makan isinya..
ini bukan sirip, nih isi kan nya.. ikan yu nih sirip pon nan hadoo, dik oii

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.040289 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top