Oleh Adib Za Pelakon dan pengacara Nabil telah selamat kembali ke tanah air selepas mengerjakan ibadat haji di tanah suci Makkah.
Melalui temubual bersama akhbar Kosmo, Nabil berkongsi pelbagai kisah dan perasaannya selepas menunaikan haji. Antara lain, dia kini mengakui dia hanyalah Nabil yang sama dan bukanlah seorang yang warak mahu pun tinggi ilmu agamanya. Namun, dia bersyukur kerana dapat menunaikan ibadat haji pada usia muda dan kini dalam proses untuk kembali belajar al Quran dan ilmu agama. “Sekarang saya dalam proses untuk kembali belajar membaca al-Quran dan perkara lain tentang agama. Saya mengaku, masih banyak kekurangan. Tidak semestinya selepas mengerjakan haji, balik terus boleh jadi ustaz.
“Tidak! Saya hanyalah Nabil yang biasa. Cuma selepas tunaikan haji, saya harus pandai menjaga diri. Jika dahulu, saya hanya dirikan solat yang wajib, sekarang saya kena rajin buat solat sunat dan perkara lain yang boleh mendapat pahala tambahan,” ujarnya kepada akhbar itu. - CARI Infonet Baca selanjutnya: Kosmo! |
abbyhoney replied at 7-10-2015 12:45 PM
siapa la pulak yg suka2 panggil org yg balik haji dgn panggilan ustaz...pandai2 je lah nabil ni... i ...
paku_karat replied at 7-10-2015 12:51 PM
jaga aurat dia dulu..aritu kan blk umrah pastu bercuti dgn family dia slamba je pakai short pant.. ...
ADVERTISEMENT