Filem Polis Evo berjaya mencatat kutipan tiket sebanyak RM13 juta sepanjang tiga minggu tayangan menerusi 102 buah pawagam seluruh Malaysia.
Menurut Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, ia sekali gus menunjukkan Polis Evo sekali gus mencatat rekod sebagai filem Melayu paling laris tahun 2015. "Selepas tiga minggu berada di pawagam sejak ditayangkan pada 17 September lalu, jumlah penonton masih belum berkurangan. "Ia sekali gus telah mengubah tradisi filem-filem Melayu yang ditayangkan sebelum ini dan saya harap karya yang bakal ditayangkan nanti turut mendapat perhatian masyarakat," katanya menerusi kenyataan media yang diemelkan kepada mStar Online.
Tambah Najwa, penonton juga tidak henti-henti memberi reaksi positif mengenai Polis Evo menerusi laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram. Sumber : mstar.com.my
|
16
Bagus |
13
Marah |
23
Terkejut |
24
Sedih |
25
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT