[size=0.75em]Polis Evo mencatatkan kutipan sebanyak RM13 juta selepas tiga minggu ditayangkan di pawagam.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PETALING JAYA: Filem Polis Evo berjaya mencatat kutipan tiket sebanyak RM13 juta sepanjang tiga minggu tayangan menerusi 102 buah pawagam seluruh Malaysia.
[size=0.98em]Menurut Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, ia sekali gus menunjukkan Polis Evo sekali gus mencatat rekod sebagai filem Melayu paling laris tahun 2015.
"Selepas tiga minggu berada di pawagam sejak ditayangkan pada 17 September lalu, jumlah penonton masih belum berkurangan.
"Ia sekali gus telah mengubah tradisi filem-filem Melayu yang ditayangkan sebelum ini dan saya harap karya yang bakal ditayangkan nanti turut mendapat perhatian masyarakat," katanya menerusi kenyataan media yang diemelkan kepada mStar Online.
[size=0.98em]
Tambah Najwa, penonton juga tidak henti-henti memberi reaksi positif mengenai Polis Evo menerusi laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram.
Polis Evo merupakan filem bergenre aksi yang memaparkan kisah dua anggota polis, Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.
Dalam pada itu, kata Najwa, kehadiran filem Polis Evo setidak-tidaknya dapat mengembalikan keyakinan khalayak penonton khususnya peminat filem Melayu untuk terus menyokong naskah-naskah tempatan tidak kira dalam apa genre atau kategori sekalipun.
[size=0.98em]
"Setakat ini, kutipan panggung Polis Evo dijangka akan terus meningkat dari masa ke semasa berdasarkan respon serta sambutan hebat serta luar biasa yang diberikan masyarakat terhadap filem ini. [size=0.98em]"Jika sambutan yang diterima sebegini berterusan, tidak mustahil Polis Evo akan mampu meraih kutipan yang lebih tinggi," ujarnya.
|