Sejak semalam, nama pelakon berusia 14 tahun iaitu Nur Qistina Raisah mula menjadi topik perbualan hangat di media sosial selepas aktres, Puteri Balqis membuat satu kenyataan meluahkan rasa kesal terhadap seseorang menerusi akaun Instagram dan TikTok miliknya.
Dalam hantaran Puteri Balqis tersebut ada menyatakan individu tersebut berusia 14 tahun dan mempersoalkan anugerah yang dimenangi oleh pelakon berkenaan sepanjang pembabitannya dalam dunia seni. Biar pun tidak memetik sebarang nama namun pelbagai tanya tanya yang timbul secara tidak langsung menuju ke arah Qistina Raisah. Difahamkan, Puteri Balqis meluahkan rasa kesal apabila namanya tiba-tiba menjadi sebutan meskipun dia langsung tidak membuat onar terhadap aktres tersebut.
Lantaran itu, menjengah ke ruangan Instagram Qistina, hantaran terkininya dihujani dengan pelbagai komen-komen netizen yang mengkritiknya dan rata-rata mereka bersetuju dengan pendapat Puteri Balqis. Menyedari situasi yang sedang 'panas' ketika ini, ibu Qistina iaitu Roszana Aminuddin memuat naik sebuah video memaparkan anaknya itu beserta kapsyen yang memberi sokongan. Roszana menasihati anaknya itu untuk belajar menahan sabar dan berdiam diri meskipun pelbagai tohmahan telah dilemparkan.
|
ADVERTISEMENT