Nine yang sebelum ini anggota kumpulan Phyne Ballerz memberikan satu kelainan dengan tampil menyanyi secara solo tanpa anggota kumpulan lain. Pemilik nama sebenar, Mior Zulkarnain Mohd Zamhuri, 41, kembali memeriahkan industri seni muzik tempatan dengan lagu baharyu berjudul Rindumu Memanggilku.
Menyifatkan ia sebagai satu permulaan baharu dalam kerjaya seni, Nine berharap kemunculannya itu dapat diterima baik oleh peminat muzik tempatan. "Perjalanan yang akan ditempuhi kali ini memang berbeza jika mahu dibandingkan dengan dahulu. Ini merupakan pengalaman baharu dan saya gembira untuk memperkenalkan nama Nine kepada peminat generasi baharu dan dalam masa yang sama melepas rindu peminat yang lama. "Memang agak lama sebenarnya saya tidak hadir dengan produk baharu dan apabila diberikan kesempatan untuk merakamkan lagu ini, ia merupakan satu peluang yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja," katanya.
Bercakap tentang proses rakaman lagu ciptaan Ajai ini, kata Nine ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana dia sudah berpengalaman dan tahu cara terbaik untuk mendalami maksud karya tersebut. "Sebagai penyanyi kita perlu mengkaji dahulu lagu berkenaan dan membuat latihan. Bila dah bersedia dengan semuanya, proses rakaman tak akan memakan masa yang panjang sebab kita dah bersedia. "Saya berharap lagu ini akan diterima baik oleh pendengar memandangkan ia adalah hasil kerjasama semua pihak profesional yang mahu memastikan karya ini berkualiti," ujarnya. Lagu ini membawa kisah seorang lelaki yang kehilangan insan tersayang dalam sebuah perhubungan dan mula merasa rindu sehingga sukar untuk melupakan kenangan lama. Namun bagi Nine karya ini bukan mahu memaparkan kesedihan sebeliknya sebagai semangat untuk kembali bangkit meneruskan kehidupan seperti biasa. Sumber: mStar
|
slyfynx replied at 24-6-2023 02:43 PM
Ok la.
At least leh jual muka.
Ade rupa.
ADVERTISEMENT