CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Akibat Nama Ada ISIS, Dia Dianggap Sebagai Pengganas?

20-11-2015 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7070| Komen: 19



Oleh : TS LOO


Keganasan Kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) memang dikenali ramai, terbaru serangan ke atas bandaraya Paris boleh dikatakan amat kejam dan mengejutkan seluruh dunia, sekaligus mengundang perhatian yang serius kebanyakkan negara khususnya barat tentang pengawalan keselamatan di negara masing-masing.



Baru-baru ini, Isis Anchalee, seorang jurutera wanita berumur 22 tahun dari San Francisco, berikutan namanya ada perkataan 'Isis' yang sama dengan nama singkatan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), maka akaun Facebooknya telah ditutup.

Oleh kerana akaun Facebooknya ditutup, jadi Isis Anchalee terpaksa meluahkan ketidakpuasannya menerusi status yang dimuatnaikkan di twitter kerana mensyaki akaun FB nya ditutup ada kaitan dengan namanya.




Dalam akaun twitternya dia menyebut : " saya fikir Facebook mesti ingat saya seorang pengganas, saya telah menghantar salinan passport saya kepada pihak Facebook, tetapi masih tidak mampu menyakinkan mereka untuk membuka semula akaun FB saya. 



Menurut Isis Anchalee, setelah 3 kali meluahkan ketidakpuasannya, akhir dia berjaya mengesahkan identiti dirinya untuk kembali semula ke akaun FB. 

Pegawai Facebook, Omid Farivar turut memohon maaf buat Isis Anchalee di twitternya, dengan menyatakan " saya pun tidak tahu apa telah berlaku, tapi saya telah sampaikan hal ini kepada orang yang berkenaan, mereka juga telah berusaha menyelesaikan masalah tersebut."


Akan tetapi, sebelum ini, dipercayai Isis Anchalee juga pernah disebabkan nama yang sungguh menonjol ini sehingga berdepan pelbagai masalah. Dia pernah menulis melalui twitternya: " Tak! Aku tidak akan Ubah Nama! "

Dalam pada itu, di Tauranga, New Zealand terdapat sebuah syarikat kewangan turut enggan menukar nama syarikatnya ISIS,  tuan punya syarikat beralasan dalam kepercayaan mitos orang Mesir perkataan 'ISIS' merupakan dewi yang suci, lagipun tempoh sejarahnya juga lebih lama berbanding dengan Negara Islam ISIS.


Di New Zealand juga, terdapat sebuah Syarikat Pemeriksaan Pembinaan juga bernama ISIS, tapi telah ditukar menjadi BC Online pada awal tahun ini bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini khususnya sebarang kaitan dengan Negara Islam ISIS. 


Selain itu, Syarikat Pembuatan Ubat di Califinia, Amerika Syarikat yang juga bernama ISIS, kini turut memikirkan untuk menukar nama syarikatnya. 


Difahamkan juga, setelah berlaku serangan pengganas di Paris, biarpun pasaran saham di Amerika Syarikat meningkat naik, tetapi saham untuk syarikat tersebut tanpa diduga jatuh sebanyak 4%, membuatkan mereka rasa amat tertekan. - CARI Infonet

31

Bagus
23

Marah
20

Terkejut
14

Sedih
31

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (135 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SissySembah 20-11-2015 02:56 PM
semoga elohim memelihara nama suci dewi Isis dari di kotorkan terrorist2 sunni ini.
Quote ChildrenOfBodom 20-11-2015 03:04 PM
kat melesia ada gak Institute of Strategic and International Studies (ISIS)
Quote lavagelak 20-11-2015 03:06 PM
bodoh betul kafirun kafirun bahlol semua ni...



Quote -electrifying- 20-11-2015 03:59 PM
orang lain dapat tempias hahaha
Quote DeMax 20-11-2015 04:11 PM
Alhamdullillah
Quote bellaa 20-11-2015 04:30 PM
cun              
Quote dani-rox 20-11-2015 04:38 PM
Dulu nama kucen2 ai Anubis dan Bastet, sempena dewa kucen dan jackal kekdahnya. Bila pindah ai bg dgn jiran, mesti sendu nama kucing2 ai itteww sekarang.
Quote altimi 20-11-2015 04:45 PM
Aloha Snackbar

[youtube]PUfIfud3KFU[/youtube]
Quote Simunggu 20-11-2015 04:52 PM
dulu nama ada osama..ada Bin....pun kena oleh kapirun ni...bodoh piang betul..
Quote sekngucing 20-11-2015 05:31 PM
isis ni dewi mesir kan
Quote Mary_jane 22-11-2015 10:23 AM
Yang sama nama kena tempias.
Quote sabbath_shalom 22-11-2015 10:29 AM
Edited by sabbath_shalom at 22-11-2015 10:30 AM
dani-rox replied at 20-11-2015 04:38 PM
Dulu nama kucen2 ai Anubis dan Bastet, sempena dewa kucen dan jackal kekdahnya. Bila pindah ai bg dg ...


Waaah.ingat nak bagi nama anjing baru Anubis dan Bastet..kawan2 baru Qitmie nanti.
Quote saladin780 22-11-2015 10:35 AM
dani-rox replied at 20-11-2015 04:38 PM
Dulu nama kucen2 ai Anubis dan Bastet, sempena dewa kucen dan jackal kekdahnya. Bila pindah ai bg dg ...

of kos dah tukar nama tompok..comel..putih..belang dan yg sewaktu dengannya
Quote Decaffeinated 22-11-2015 11:47 AM
Minah ni Indian ka?

Aku ada kawan nama Anchalee tapi Thai. Aku perasan nama Thai ni pun banyak tiru nama India.

Quote ultra78 22-11-2015 11:54 AM
Teringat ada seseorang di Malaysia ada perkataan 'Islam' dalam dia. Tapi cara pemakaian..ya rabbi...tapi sekarang dah ok dah...
Quote dani-rox 22-11-2015 02:21 PM
sabbath_shalom replied at 22-11-2015 10:29 AM
Waaah.ingat nak bagi nama anjing baru Anubis dan Bastet..kawan2 baru Qitmie nanti.

Silakan sis... Haruslah dicemburui ramai
Quote dani-rox 22-11-2015 02:24 PM
saladin780 replied at 22-11-2015 10:35 AM
of kos dah tukar nama tompok..comel..putih..belang dan yg sewaktu dengannya

Kucen ai tu spesis kucen kampung.... Selayaknyalah
Quote DaisyD 22-11-2015 04:05 PM
paranoid nya
Quote mesmerize 22-11-2015 04:23 PM
kesiannya sis. semoga tak jadi kambeng hitam yg dipasangkan bomb lalu dituduh sebagai suicide bomber. i pray for your safety sis.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.128566 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top