|
|
Oleh : TS LOO
Keganasan Kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) memang dikenali ramai, terbaru serangan ke atas bandaraya Paris boleh dikatakan amat kejam dan mengejutkan seluruh dunia, sekaligus mengundang perhatian yang serius kebanyakkan negara khususnya barat tentang pengawalan keselamatan di negara masing-masing.

Baru-baru ini, Isis Anchalee, seorang jurutera wanita berumur 22 tahun dari San Francisco, berikutan namanya ada perkataan 'Isis' yang sama dengan nama singkatan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), maka akaun Facebooknya telah ditutup.
Oleh kerana akaun Facebooknya ditutup, jadi Isis Anchalee terpaksa meluahkan ketidakpuasannya menerusi status yang dimuatnaikkan di twitter kerana mensyaki akaun FB nya ditutup ada kaitan dengan namanya.

Dalam akaun twitternya dia menyebut : " saya fikir Facebook mesti ingat saya seorang pengganas, saya telah menghantar salinan passport saya kepada pihak Facebook, tetapi masih tidak mampu menyakinkan mereka untuk membuka semula akaun FB saya.

Menurut Isis Anchalee, setelah 3 kali meluahkan ketidakpuasannya, akhir dia berjaya mengesahkan identiti dirinya untuk kembali semula ke akaun FB.
Pegawai Facebook, Omid Farivar turut memohon maaf buat Isis Anchalee di twitternya, dengan menyatakan " saya pun tidak tahu apa telah berlaku, tapi saya telah sampaikan hal ini kepada orang yang berkenaan, mereka juga telah berusaha menyelesaikan masalah tersebut."

Akan tetapi, sebelum ini, dipercayai Isis Anchalee juga pernah disebabkan nama yang sungguh menonjol ini sehingga berdepan pelbagai masalah. Dia pernah menulis melalui twitternya: " Tak! Aku tidak akan Ubah Nama! "
Dalam pada itu, di Tauranga, New Zealand terdapat sebuah syarikat kewangan turut enggan menukar nama syarikatnya ISIS, dengan alasan tuan punya syarikat mengatakan dalam kepercayaan mitos orang Mesir perkataan 'ISIS' merupakan dewi yang suci, tempoh sejarah tersebut lebih lama berbanding dengan Negara Islam ISIS.

Di New Zealand juga, terdapat sebuah Syarikat Pemeriksaan Pembinaan juga bernama ISIS, tapi telah ditukar menjadi BC Online pada awal tahun ini bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini khususnya sebarang kaitan dengan Negara Islam ISIS.
Selain itu, Syarikat Pembuatan Ubat di Califinia, Amerika Syarikat yang juga bernama ISIS, kini turut memikirkan untuk menukar nama syarikatnya.

Difahamkan juga, setelah berlaku serangan pengganas di Paris, biarpun pasaran saham di Amerika Syarikat meningkat naik, tetapi saham untuk syarikat tersebut tanpa diduga jatuh sebanyak 4%, membuatkan mereka rasa amat tertekan. - CARI Infonet |
|