Oleh : Dean BZ
Paragliding (Luncur Udara), pasti ramai yang akan kata gayat dan takut untuk mencuba. Maklumlah aktiviti sukan ekstrem ini sememangnya hanya untuk yang "hati kering" dan tidak gayat akan ketinggian. Aktiviti Paragliding ni diadakan di Bukit Jugra, Banting. Senang saja untuk ke tempat ini, zaman sekarang kita ada Waze kan! Search saja Bukit Jugra pasti sampai ke tempat ini. Tapi sebelum berkunjung ke sini, anda perlu booking dulu kerana untuk aktiviti ini anda perlukan seorang pilot yang juga dipanggil Tadem Pilot Paragliding. Tanpa pilot yang bertauliah, hajat anda untuk meluncur diudara pasti tidak akan kesampaian kerana syarat utama anda tidak dibenarkan terbang solo.
Untuk paragliding, keadaan cuaca harus baik bagi memastikan keselamatan berada ditahap tertinggi. Jika keadaan angin terlalu perlahan, memang paragliding tidak dapat dilakukan kerana untuk meluncur diudara perlukan sokongan angin, sama macam main kapal layar lah kot. Sambil-sambil meluncur bolehlah rakam video buat kenangan.. Memang seronok kalau dapat terbang seperti burung di angkasa kan. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba aktiviti sukan ekstrem ini kerana ia pasti menjanjikan pengalaman luar biasa. Apa salahnya sesekali menguji kelemahan diri, tak cuba tak tahu. Mana tahu lepas cuba nak lagi, kan! - CARI Infonet. |
mirian1110 replied at 22-2-2016 11:48 PM
berape hinggit kalau nak main ni?
pittjie replied at 1-12-2015 12:30 PM
masih belum berani mencuba yang ini. takut terkencing2 waktu terbang .. habis berjejeran seluas bant ...
ADVERTISEMENT