Oleh Izzah Abbasy
Buat anda yang gemarkan dengan roti Cheese Naan, pasti akan makan di kedai mamak kan? Kira paling sedaplah di situ. Sebenarnya, roti Cheese Naan di kedai mamak hanyalah roti naan biasa. Penulis nak kongsikan dengan anda, roti Cheese Naan yang paling 'ohsem' dan paling sedap setakat ini di Malaysia. Keju atau cheese yang diletakkan pada roti naan sangatlah banyak sehinggakan anda boleh tarik panjang tau.
Ha, di manalah nak makan roti Cheese Naan ini? Pastinya di RSMY House of Real Beriani (Restoran Selera MY). RSMY mempunyai 3 cawangan iaitu di Masjid India, Jalan Medan Tuanku dan Danau Kota. Apabila anda sudah mencubanya, pasti buat anda akan ke sana semula selepas menikmati roti Cheese Naan yang terlajak sedap ini. Roti Cheese Naan ini jika dikedai mamak anda akan makan dengan ayam tandoori sahaja. Berbeza di RSMY, anda boleh menikmatinya dengan Beef Keema, Chenna dan pelbagai lagi menu yang disediakan. Sedap! Sangat sedap. Anda yang belum cuba roti Cheese Naan ini, cepatlah mencubanya. Pasti tidak akan menyesal. Jangan lupa untuk tarik panjang-panjang roti Cheese Naan tersebut ya! Cubalah dengan Beef Keema. Sangat sedap. Bagi yang ingin datang ke RSMY Cheese Naan ni, berikut adalah alamatnya : RSMY Best Cheese Naan, Maju Junction D-72A, Plaza Usahawan, Genting Klang, Jalan Danau Niaga 1, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur. RSMY House of Real Beriani No. 11 & 13, Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur Restoran Selera MY No. 16, Lorong Bonus 6, Off Jalan Masjid India, 51000 Kuala Lumpur. 03-2692 9700 Baiklah, penulis nak jamu mata anda dengan roti naan cheese ini.
|
14
Bagus |
13
Marah |
11
Terkejut |
14
Sedih |
24
Lawak |
38
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
akakdendeng replied at 10-12-2015 09:46 AM
sy dah berapa kali makan kat kedai nih...mmg sedap...cheese banyak....
ninjago replied at 10-12-2015 05:12 PM
price wise cmne? ok?
ADVERTISEMENT