CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nad Zainal Nafi Suami Suka Kongkong Hidup, Anggap Ungku Ismail Pembimbing Dalam Kehidupan – “Saya Semakin Tenang Berbanding Dulu”

8-7-2024 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20580| Komen: 44


Pelakon Nad Zainal menafikan dakwaaan sesetengah pihak yang mengatakan suaminya, pelakon Ungku Ismail Aziz suka mengongkong kehidupan serta kerjaya seninya sejak mereka berkahwin lebih setahun yang lalu.

Ujar Nad Zainal, suaminya itu banyak memberikan bimbingan dalam menentukan hala tuju hidupnya.

"Suami tidak pernah mengongkong saya dan semuanya okay saja. Kalau mengongkong, pasti kita akan berasa tertekan dan terbeban tetapi ini biasa saja. Normal seperti pasangan suami isteri lain."


Katanya lagi, dia masih menerima tawaran berlakon ketika hamil dan tetap meneruskan karier selepas melahirkan.

Menganggap perkahwinannya bersama Ungku Ismail membuatkan dirinya lebih tenang berbanding dahulu, Nad mengakui suka jika ada seseorang yang ‘melentur’ hidupnya agar menjadi lebih baik.

"Saya juga suka kalau ada orang yang boleh melentur saya. Tidak bermakna kalau sudah berkahwin saya tak boleh berlakon. Hidup saya kini banyak berubah selepas berkahwin dan semakin tenang berbanding dulu."

"Sebelum ini semua benda saya nak buat dan tergesa-gesa hingga akhirnya saya jadi seorang yang pemarah akibat tekanan. Tetapi sejak ada suami, dia banyak ajar saya perkara yang saya tak sedar."


Terdahulu, Nad Zainal dan Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 23 Januari tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ungku Indra Puteh Al Majid yang kini berusia 9 bulan.

Ini merupakan perkahwinan kali kedua Nad. Aktres itu pernah bernikah dengan Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015 dan mempunyai dua cahaya mata bersama.

SUMBER : Murai/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 8-7-2024 09:35 AM
Naik seri muka pakai tudung hitam putih tu...
Quote kakacantikkan 8-7-2024 10:11 AM
asalkan ko bahagia la nok
Quote anony-mous 8-7-2024 10:17 AM
Nad zainal ni contoh klau ko perangai hauk sombong bongkak mcm mana pon tetap akn ramai suka n syg, yg penting ada rupa n bkn scammer
Quote Masukkeluar 8-7-2024 10:49 AM
Tp mmg kena kongkong pun..nmpk sgt.
Quote pocongkiutss 8-7-2024 10:51 AM
Ungku Indra Puteh Al Majid

Panjangnya nama mak oi .jenuh nk isi borang
Quote TerataiMelur02 8-7-2024 11:01 AM



Dia ni pegang status J bertahun ke?
Quote christmaseve 8-7-2024 11:41 AM
Baru tau nama anak dia
Quote pocongkiutss 8-7-2024 11:48 AM
TerataiMelur02 replied at 8-7-2024 11:01 AM
Dia ni pegang status J bertahun ke?

Takde sapa tau berapa lama..sbb dia sorok tarikh cerai dia bila khen
Quote hokeypokey 8-7-2024 12:22 PM
yela sape jer nk mengaku kena control laki kan.. muka ko apesal lain nad? ko cocok hape bagi lain???
Quote jiwakacau06 8-7-2024 12:27 PM
so apa drama baru dia??dgn bertudung lagi...lg la xbyk watak yg dapat
Quote NyiRoroKidul 8-7-2024 12:36 PM
Moga bahagia yg sebenar benarnya nad
Quote chilly 8-7-2024 01:24 PM
Edited by chilly at 8-7-2024 01:34 PM

Macam tak seiring dengan badan dia yang macam budak2 baru period..Kepala beso badan kecik. So pada mata aku, pada mata aku la ye, dia jadi tak cantik sebab tu. Jangan nak kelam-kabut kata aku kaki body shaming pulak, aku jotos kepala ko kang. Dah kata pada mata aku.
Quote Kurex 8-7-2024 01:26 PM
jiwakacau06 replied at 8-7-2024 12:27 PM
so apa drama baru dia??dgn bertudung lagi...lg la xbyk watak yg dapat

pompuan ni bukan pandai berlakon pun
Quote bebulu 8-7-2024 02:18 PM
Nad ni tinggi nya berapa ya?
Quote Lulu_717 8-7-2024 02:27 PM
chilly replied at 8-7-2024 01:24 PM
Macam tak seiring dengan badan dia yang macam budak2 baru period..Kepala beso badan kecik. So pada m ...

Samala pandangan kite..mula2 tgk mcm red queen dlm alice in wonderland. Tp klo tgk muka xtgk badan lawa je dia. Jgn kecam iolls. Iolls lagi xlawa ????
Quote meah_kelabu 8-7-2024 02:44 PM
ye la nad
content korg pn cringe smcm je
Quote dagusengett 8-7-2024 02:58 PM
Jual tudung jugak ke
Hurmm bosan tudung is everywhere
Quote sharlenetexas 8-7-2024 02:59 PM
Noted


Quote sharlenetexas 8-7-2024 02:59 PM
Makin kepam laki ko

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.031469 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top