CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masih Belum Beri Respon, Peguam Sahkan Perbicaraan Kes Perceraian Harith Iskander & Isteri Ditunda

12-7-2024 11:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 81651| Komen: 24


Peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader mengesahkan tentang berita bahawa anak guamnya, Dr Jezamine telah memfailkan cerai terhadap suaminya, pelawak Harith Iskander.

Ketika ditemui wartawan di mahkamah (sebutan kes Hafidz Roshdi) hari ini, Akberdin berkata perbicaraan kes perbicaraan pasangan itu sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 15 Julai akan datang.

Bagaimanapun, perbicaraan itu ditunda ke tarikh yang lain dan akan dimaklumkan kemudian.

"Ditunda kerana mahkamah ada urusan lain. Kami akan memaklumkan tarikh baru selepas ini."

Tambah Akberdin, Dr Jezamine dan Harith masing-masing memberikan kerjasama yang baik dalam perbincangan berkaitan kes perceraian mereka.


Terdahulu, dunia hiburan dikejutkan dengan pergolakan rumah tangga pasangan itu selepas media melaporkan Dr Jezamine memfailkan cerai terhadap Harith di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Harith bagaimanapun sehingga kini masih belum bersedia untuk memberikan apa-apa komen dan mengulas lanjut tentang hal tersebut.

Pasangan itu berkahwin pada 12 Jun 2010 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.

SUMBER : OHBULAN!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manusiabesa 12-7-2024 11:11 PM
Akberdeen sibuk urus acc bank, byk duit byk acc kena buka ni. Xdk tmpt nk saving dh rasanya..kena tumpang guna bank obesi. Hari2 beharap ada retis serai utk masyuk job.
Quote TMZ.com 13-7-2024 09:59 AM
Job kencang tok din musim serai kali ni
Quote cik_ingeniare 13-7-2024 10:01 AM
Tok din ni mahsyuk yee ambil job di kala musim artis bercerai berai ni
Quote NyiRoroKidul 13-7-2024 03:04 PM
Laku sungguh lawyer ye..peberet retis2 gituu
Quote songket_merah 13-7-2024 03:27 PM
yg ritrud dulu pakai lawyer ni ke? ke peguam lain..
aku paling salut lawyer ritrud ni
Quote Purplehaz 13-7-2024 04:45 PM
Lawyer ni punya kes always gud ending...x jd cerai, x jd saman, kes selesai luar mahkamah
Quote babynina30 14-7-2024 01:06 PM
Post smlm aman2 si J ni pgg HI . Mcm aman je. Sume komen eh semoga x jd serai. Sian depa

Quote blue_blur 14-7-2024 01:47 PM
tak pa lah, biar la kenangan gambar dorang kat billboard iklan cat tu....
Quote kaedahnya 15-7-2024 12:44 AM
so kompeni datuk ni ada nak tambah pakai orang ke dah job tengah kencang ni tibah
Quote sharlenetexas 15-7-2024 12:45 AM
Sama2 sekufu pun.


Quote Acik2kepam 15-7-2024 06:26 AM
babynina30 replied at 14-7-2024 01:06 PM
Post smlm aman2 si J ni pgg HI . Mcm aman je. Sume komen eh semoga x jd serai. Sian depa

Knp netizen selalu harapkan org tak jd bercerai?

Jobian ngn ex dia pun nampak ok je hingga ke hari ni, masih saling komen kat ig gurau senda.

Anggap jela nampak ok, nampak masih mesra tu semua tuk anak2.
Baik demi anak2 sajok.
Quote 3chanceno 15-7-2024 07:22 AM
Acik2kepam replied at 15-7-2024 06:26 AM
Knp netizen selalu harapkan org tak jd bercerai?

Jobian ngn ex dia pun nampak ok je hingga ke har ...


Maaf sis tertekan report pulak

Meols setuju dengan komen uols. Yang dalam perkahwinan tu kapel tu. Kalau dah nak serai, pasti ada sebab2 yang tertentu. Kadang depa tak nak share dengan public kenapa nak serai tu.

Tok akberdin nie job lebat dengan retis2 & vip2. Harap staff dapat benefits yg best2;
Quote Acik2kepam 15-7-2024 07:40 AM
3chanceno replied at 15-7-2024 07:22 AM
Maaf sis tertekan report pulak

Meols setuju dengan komen uols. Yang dalam perkahwinan ...

Itulah, rengsek akak duk baca sana sini netizen ni sibuk je komen2 tak bg org cerai la suh rujuk laa
Hanya semata2 sbb dorang nmpk kat ig selama ni byk gambar romantik dan bahagia.
Sejak bila plak socmed tu jd penanda aras kebahagiaan org?

Hanya pasangan tu je tau apa jd dlm perkahwinan dorang, pastila ada sbb kukuh bila org nk bercerai.
Ntah2 dah berkali nk cerai tp tak jadi2 akhirnya baru ada kekuatan.


Quote KamikuP 15-7-2024 10:05 AM
Artis eh retis dan berserai berpisah tiada
Quote chinta89 16-7-2024 10:55 AM
semoga yg terbaik utk semua
Quote BoongaKertas 16-7-2024 11:49 AM
Manusiabesa replied at 12-7-2024 03:11 PM
Akberdeen sibuk urus acc bank, byk duit byk acc kena buka ni. Xdk tmpt nk saving dh rasanya..kena tu ...

tulah, masyuk firm beliau dr last year bertambah2 kes profile tggi & mendapat liputan
Quote bedahmenjuyah 17-7-2024 03:23 PM
Kawan aku ckp bini dia tak tahan sbb laki berskandal. Tp depa dah lama kahwin so aku agak latest skandal maybe kawan bini. Aku agak je lah. Cun melecun sexy pun di dua tigakan huh
Quote rosewhite 17-7-2024 03:30 PM
bedahmenjuyah replied at 17-7-2024 03:23 PM
Kawan aku ckp bini dia tak tahan sbb laki berskandal. Tp depa dah lama kahwin so aku agak latest ska ...

tak padan dgn perut boroi
Quote becir 17-7-2024 03:40 PM
bedahmenjuyah replied at 17-7-2024 03:23 PM
Kawan aku ckp bini dia tak tahan sbb laki berskandal. Tp depa dah lama kahwin so aku agak latest ska ...

omg botak boroi camtu pun ada worth di mata perempuan lain ye..

i is cannot fathom..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-9-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.058745 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top