CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal

16-7-2024 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 38548| Komen: 9



Sungai Buloh: Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penjawat awam yang ditahan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah anggota polis.

Hussein berkata, suspek berusia 26 tahun dipercayai teman lelaki mangsa adalah seorang anggota polis yang bertugas di Perak.

"Siasatan awal mendapati tempat penemuan mayat adalah lokasi kejadian utama," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui petang semalam, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Mayat mangsa ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa di Hulu Selangor, pada 6 petang, sebelum polis menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 26 tahun.

Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 16-7-2024 03:01 PM
Banyaknya thread.


Quote Thunderclouds 16-7-2024 03:14 PM
Hello momod... Byk² tered nk watpa.
Semak lar.
Quote drivethru 16-7-2024 03:17 PM
Polis kat belakang tu hensem. K bye...
Quote pejol 16-7-2024 03:19 PM
kuajooo
Quote prettyuglybabe 16-7-2024 03:44 PM
reputs nak capai kpi..
punya banyak dah thread nak juga buka yang baru..
Quote Ytee 16-7-2024 03:46 PM
i see..polis rupanya
Quote eSZack 16-7-2024 03:47 PM
Saspek muka ewww
Fesen rambut ewwwww
Quote AbukRokok 16-7-2024 03:48 PM
ohhh polis rupanya ingatkan ahli bomba ke pegawai perhilitan ke atau kakitangan di jabatan perdana menteri
Quote MissYouSayang 16-7-2024 03:50 PM
Dah tgkk..encem gakk..yg pasti duit kepok2 siap ada kedai sewa kretaaa lg uolsss

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-9-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.162857 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top