CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Salah Ke Saya Nak Melawa?’ – Gadis Cantik Sedih Dikutuk Jual Ayam Goreng

17-7-2024 11:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26294| Komen: 53



Seorang gadis meluahkan rasa sedih dan kecewa selepas membaca salah komen kutukan yang ditinggalkan penonton live TikTok.

Menerusi hantaran TikTok @rinadg4f, dia terkejut selepas melihat satu komen memperlekehkan dirinya yang menjual ayam goreng, walaupun sering kali melihat dirinya cantik melawa di universiti.

“Dekat universiti bukan main pakai style, model sana-sini walhal jual ayam saja,” komen seorang penonton live TikTok gadis tersebut.


Gadis itu mempersoalkan adakah ia jadi satu kesalahan jika dia melawa pergi ke kelas seperti rakan-rakannya yang lain.

“Salah ke saya nak melawa pakai cantik-cantik sebagai pelajar sebab ramai kawan saya yang lain pakai cantik, walaupun saya jual ayam?



“Hina ke saya nak buat semua itu untuk diri saya sebagai penjual ayam?

“Saya tak pernah malu dan saya gembira dapat bantu keluarga saya cari rezeki yang halal,” ujar gadis berkenaan.

Jelas gadis itu lagi, sekiranya warganet tidak ada komen yang membina, tidak perlulah tinggalkan komen yang membuatkan orang menjadi patah semangat.


Hantaran video itu mendapat lebih 2.5 juta tontonan, serta lebih 6,000 komen.

Ramai yang memberikan sokongan dan kata-kata semangat supaya gadis itu tidak mengendahkan sebarang kata-kata negatif yang boleh menjatuhkan diri sendiri.

Lebih mengejutkan ramai apabila selebriti muda, Meerqeen turut memberikan kata-kata semangat kepada gadis itu.

“Tutup telinga. Kekuatan/kelemahan awak, awak seorang sahaja yang tahu. Jalan terus!” petik komen yang dikongsikan Meerqeen.

SUMBER : TikTok @rinadg4f/TheVocket

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 17-7-2024 11:47 AM
ye la apa salah dia nak melawa...... ikut suka dia la
Quote pengecatbintang 17-7-2024 11:52 AM
yg ngutuk tu jeles
Quote jula7 17-7-2024 11:53 AM
pulakkkk...bukan pakai duit org lain pun dia nak melawa...ponn sebukkkk
Quote ezacbee 17-7-2024 11:56 AM
Cian kobisgoreng jeles dgn ayam goreng

Quote dubuk 17-7-2024 11:59 AM
kenapa penjual ayam ada 'penjual ayam' ? ada maksud lain ke ? itu kan ayam, kenapa perlu 'ayam' lain la ayam cokit

lagi satu saya suka dada ayam

kalau saya taip 'dada ayam', macammana ?
Quote ekselen 17-7-2024 11:59 AM
tu lah..dia nk melawa guna duit jual ayam goreng bukan kobisgoreng..baguslah tu..
Quote nolya 17-7-2024 12:03 PM
Edited by nolya at 17-7-2024 12:04 PM

Cantik adalah satu pandangan yg menyenangkan. Allah suka yg cantik, manusia juga mencari yg cantik dlm segala sudut: cantik wajahnya, akhlaknya, imannya, cantik bersih tempat dan suasana. Dn cantik mewujudkan rasa bahagia. So, jika ada yg mencela, biarkan je. Teguhkan semangat dn jgn peduli apa yg dikata.  Orang tu memang ada penyakit hatinya.
Quote n3ar 17-7-2024 12:06 PM
dia 2 jer, orang yg bising tu pompuan/pondan jeles & insecure dgn rupa melawa awek ni atau jenis busuk hati ngorat tapi tak dilayan...


biasa la, benda ni penarik.. orang ramai akan ke kedai tu kalau ada awek lawa.. sedap tu satu bonus
Quote Prickford 17-7-2024 12:07 PM
Ni zaman budak2 semua melawalah, tak kira lah keje apa sekali pon. Tak kisah dah kalau keje tukang sapu pon mekap tebal2, dah ini zamannya. Org dulu2 lain ceritanya.
Quote noor2 17-7-2024 12:17 PM
Org lawa ni mmg ada je yg jeles, busuk hati...tak pasal2 je..pelik sungguh..ko nk jadi lawa ko melawa lah..knp nk dengki dgn org...
Quote syamzana 17-7-2024 12:17 PM
biar la dia nak melawa kat uni ke kat gerai jual ayam ke. cantik tu kan sedap memandang

adik iols p pasar pyg beli serunding daging mak pesan setgh kilo jah, skali blk berbondong2 segala serunding dia bwk balik habis dekat 400 bahaha. dia kata awek cun promot kat gerai tu serba salah tak beli. gitteww
kan berhasil lumayan tu bercantik-cantik selalu kastemer pun senang membeli
Quote noor2 17-7-2024 12:18 PM
Kang adala yg dengki ckp...eh aku tgk muka dia x lawa pun...abis muka ko tu lawa ke masalahnya. Bila dgr org puji org tu lawa mulala mengata...puihhjh
Quote babyLON. 17-7-2024 12:32 PM
kobis goreng tak laku dek. ayam goreng yg laku.
Quote kikuri 17-7-2024 12:53 PM
bukan dia mintak duit org pun nak melawa...dia dapat duit dari jual ayam goreng... ayam goreng sedap kot
Quote naina 17-7-2024 01:23 PM
Teruskan dikkkk
Dari budak2 perempuan lain perasan cantik bila kawen kemain milih laki gaji rm9k.
Quote hokeypokey 17-7-2024 01:23 PM
yg mengata tu confirm tak cun, jeles ler tu.. tak pun laki yg kena reject ngan awek tu..
Quote Kitty_catz 17-7-2024 01:24 PM
cantik filter ke cantik ori?

ke cantik sbb temfek make up seghoti?

koserr nau budak2 geng sunat laser

yihhh
Quote AbukRokok 17-7-2024 03:03 PM
xsalah tapi nti laki org nampak polis pulak tu mcm mana
Quote SWORKS27 17-7-2024 03:09 PM
hmmm..skrg ni malas la nak layan benda2 gini..ntah2, kawan2 dier saje buat kutukan tuh, pakat elok2 baik punya...lps tu ss...buat konten acah2 sedeh..
lepas tu follower ramai..kedai laku

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-9-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.046657 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top