CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Very danger': Penguasaan bahasa Inggeris saya tak baik, kata Pan Gon

17-7-2024 09:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28289| Komen: 1



KUALA LUMPUR: Kim Pan Gon menjelaskan beliau tidak bermaksud untuk menyatakan 'sangat bahaya' ketika menjelaskan punca memutuskan untuk meletak jawatan sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

Menerusi satu perkongsian di laman platform X RimauXI, pengendali dari Korea Selatan itu akhirnya mendedahkan maksud sebenar kenyataan 'sangat bahaya' itu yang mengundang pelbagai persepsi buruk dan menimbulkan tanda tanya khususnya dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

Pengguna platform X RimauXI itu yang turut menghadiri sesi perbincangan antara Pan Gon dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim dan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, ia disebabkan penguasaan bahasa Inggeris Pan Gon tidak begitu baik.



"Apabila ditanya apa yang beliau maksudkan dengan "very danger", jawapan beliau adalah penguasaan bahasa Inggeris beliau tidaklah baik.

"Namun ada perkara yang perlu dikaji bagi pelan strategik dan ini bukan untuk dibincangkan secara terbuka di hadapan media," kata pengguna platform X itu.

Terdahulu, Pan Gon menegaskan beliau tidak boleh berkongsi butiran terperinci mengenai punca mengambil keputusan drastik untuk meletakkan jawatan.

Meskipun menyatakan tindakan itu diambil atas komitmen peribadi, namun Pan Gon memberi bayangan ada perkara yang mendorong beliau meletak jawatan meskipun kontraknya berakhir pada Disember 2025.

Tegasnya, perkara itu dianggap 'bahaya' dan ia hanya diketahui oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

"Butiran lanjut mengenai keputusan ini tidak boleh saya kongsikan di sini. Sangat bahaya. Datuk Hamidin tahu semuanya tetapi tidak perlu tanya beliau lagi.

"Tak perlu tanya soalan itu di sini. Semua sudah selesai," katanya pada sidang media khas, semalam.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 18-7-2024 02:25 PM
Baguslah letak jawatan. Bolasepak m'sia ni pun mmg nak melingkup. Kedsian player yg tak dibayo gaji berbulan2

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.034972 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top