CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zarina Anjoulie Luah Rasa Rindu Pada Nedim, Nora Danish Tiada Masalah Mereka Bersama

17-7-2024 11:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37736| Komen: 36



Pelakon Nora Danish menganggap hantaran dimuat naik aktres Zarina Anjouline di Insta Story menyebut ‘I miss you Boss Ned’ sekadar luahan rasa rindu kepada seorang sahabat baik.

Memetik mStar Online, Nora berkata Zarina dan bekas suaminya itu sudah lama bersahabat, malah dia juga tidak kisah jika mereka ada hubungan lebih daripada kawan kerana dia sudah tiada kaitan dengan Nedim.

“Saya percaya mereka sudah berkawan lama sebelum Nedim bersama saya lagi. Mereka seperti sahabat baik. Saya tak mempunyai apa-apa masalah dengan Anju, kami memang baik,

“Apabila Anju memuat naik posting seperti itu saya anggap ia sekadar luahan seorang kawan merindui sahabatnya. Lagipun pada waktu itu Nedim sedang sakit. Tapi kalau mereka nak lebih daripada itu pun saya tak kisah,” katanya.

Dalam pada itu, Nora berkata dia kurang senang apabila ada yang menuduh dia masih tinggal sebumbung dengan bekas suami dan dakwaan itu dibuat oleh rakan-rakannya sendiri.


“Saya terima DM terlalu banyak. Apa yang buat saya kesal mereka dalam kalangan rakan-rakans saya. Mungkin mereka fikir masa Nedim sakit kami baru bercerai.

“Kami pun berpisah cara baik. Saya sudah bersamanya selama 11 tahun. Bila saya menjaga Nedim mungkin mereka fikir saya dah kembali bersama Nedim. Saya jaga Nedim di rumah, mungkin ada yang fikir kami dah rujuk,” katanya.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 namun bercerai pada 16 Jun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Mohamad Neyqal kini berusia enam tahun.

SUMBER: mStar Online/Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bintangct 17-7-2024 11:36 PM
jeng jeng jeng
Quote sharlenetexas 17-7-2024 11:38 PM
That girl kah?


Quote sharlenetexas 17-7-2024 11:38 PM
Haplin tersenyum sinis.

Quote dua_chzy 17-7-2024 11:41 PM
Oh mai God...

Sekufu eh? Ontah.
Quote Mary_jane 18-7-2024 12:18 AM
Wow laju cucuk jarum.
Quote ina_na 18-7-2024 12:23 AM
Eeee x kan la dgn si Anju ni pun Ned berkenan..tlgggg la....teruk nye selera Ned
Quote doubleA 18-7-2024 01:43 AM
Anju faveret sesetengah acik porem

Nd pun bagi free je boned tu sesape nak ambik lah mencapub pulak lalucah ni fefeeling nak naik tangga sosial ke
Quote riyadhK 18-7-2024 07:53 AM
Elokla kalau b3jodoh pon ned dgn lalucah. Dua2 hanyir.
Quote Diamondmoney 18-7-2024 08:07 AM
Nowa ni da buang ned terus kan..

Kalau bole nowa nk ckp depn reput lantak la sapa2 nk kt bekas laki dia. Kesah lak aku
Quote nisako 18-7-2024 08:10 AM
ye ke teruk nau pilihan ned
Quote johan-adx 18-7-2024 08:21 AM
bukan anju dgn papa pendek tu ke
Quote aemon 18-7-2024 08:30 AM
Member one stand night blh la.lalucah ni bukan tak tahu jenis mcm mana kan?
Quote KamikuP 18-7-2024 09:23 AM
Haplin flips hair gitoh
Quote Acik2kepam 18-7-2024 09:31 AM
Malam yg bercerai tu pun kemain ramai pompuan2 komen kat ig ned post yg dia bercerai tu.
Memasing duk bagi kata2 semangat la, ada yg suh cek DM la.
Tak rasa semua yg komen tu dikenali nedim, dan korang2 yg pompuan ni mmg jenis takda rasa segan eh nk komen kat mana2 socmed lelaki terutama yg bukan influencer nih.
Quote imanamsyar 18-7-2024 09:35 AM
iolls rasa setakat miss you,love you tu sebutan biasa bagi english speaker.. dalam komuniti mat salleh pun perkataan tu tergantung pada maksud dan orang yang ditujukan..
dan bagi malay speaker perkataan miss,love (rindu,cinta) hanya ditujukan pada orang/perkara yang ada personal emotional attach dgn speaker..maksudnya bila dia btl sayang,rindu cinta pada org tu baru perkataan tu digunakan..

teringat yang forum ni pernah gosipping berhelai-helai mukasurat bila shila amzh cakap miss u/love dgn arwah anak sultan J yang meninggal cancer tu..

entahlah..itu sekadar pemandangan dan pendapatan iolls sahaja..
Quote Acik2kepam 18-7-2024 09:36 AM
doubleA replied at 18-7-2024 01:43 AM
Anju faveret sesetengah acik porem  

Nd pun bagi free je boned tu sesape nak ambik lah  m ...

Bizarre taste acik2 porem eh
Acah2 melawan arus
Yg tak patut disukai tula jd kesayangan dorang
yg suka mencarut, yg suka cari gaduh, scam org sana sini, pencurang, penyundal, pembirah, penyondol, pembuli, hina tuhan
Kadang akak pelik tau tgk bila jenis sampah sarap pun ada pembekap dan taksuber
Quote Rogue98 18-7-2024 09:42 AM
Gersang sangat ke minah ni sampai orang baru cerai laju jer nak wish. Mcm lah anju ni bff or in ned's circle of friends pun.
Quote prince_marhaen 18-7-2024 10:21 AM
Semoga Anju berjodohan ngan Nened...... nak tengok macamana mak tiri nened kena hamun ngan Anju... hahahahahahahahaha...jhat kan meols.. barulah meriah..

Quote asamfish 18-7-2024 10:29 AM
imanamsyar replied at 18-7-2024 09:35 AM
iolls rasa setakat miss you,love you tu sebutan biasa bagi english speaker.. dalam komuniti mat sall ...

ye.  setuju dgn you!  biasa je guna perkataan miss you, love you ni utk org yang biasa ckp english...nak2 pulak si anju tu....mmg jenis english speaker....bukannya takat i you i you je vocab dia.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.266383 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top