CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya Rancang Nak Buat Konsert Sendiri Selepas Ini’ – Ayda Jebat

17-7-2024 11:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 45994| Komen: 73


Penyanyi Ayda Jebat memberitahu dia tidak berasa kecewa selepas mendapat tempat kedua dalam program realiti The Hardest Singing Show (THSS) pada malam Ahad lalu.

Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Ayda berkata, semua peserta layak untuk menang kerana mereka sudah berusaha sepanjang 10 minggu untuk memberikan persembahan yang sangat baik.

"Bagi saya, semua orang layak untuk menang sebab semua ada kreativiti masing-masing dan mereka menggunakan kelebihan masing-masing. Siapa-siapa boleh jadi juara. Bagi saya Aepul layak menang. Lagi satu rezeki memang Allah dah tetapkan siapa yang dapat."

"Kalah atau menang itu adat pertandingan. Paling penting saya belajar sesuatu yang baru setiap program yang saya masuk."

Disoal mengenai kos yang dikeluarkan sepanjang program ini, pelantun suara ‘Pencuri Hati’ ini memberitahu dia tidak mahu bercakap mengenai soal tersebut.


"Saya tak nak cakap pasal kos. Bukan saya nak tabur duit untuk menang, saya memang particular pasal penampilan, props dan segala aspek.

"Tak kisah dalam program televisyen mahupun menghadiri show. Semua artis ada cara masing-masing. Saya nak apa yang saya buat orang akan ingat sampai bila-bila."

OhBulan! sempat bertanya kepada Ayda sama ada dia serik ataupun tidak untuk menyertai pertandingan seperti ini lagi. Menurut Ayda, dia dalam perancangan untuk melakukan konsert sendiri selepas ini.

"Mungkin ada orang kata saya asyik dapat nombor dua, macam kena sumpahan atau apa. Bagi saya sendiri, ini kepuasan."

"Saya rasa puas sebab ini pertandingan yang sesuai dengan saya. Dia macam pertandingan kreativiti. Dapat nombor dua itu pun saya rasa macam biar betul. Malam ini memang malam Aepul."

"Saya rancang nak buat konsert sendiri selepas ini. Apa salahnya saya labur duit dekat konsert saya sendiri."

"Saya harap apa yang saya buat dalam pertandingan ini, penonton suka, tertarik dan akan beli tiket konsert saya nanti."

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 18-7-2024 12:14 AM
Nyanyi hauk ada hati nak konsert
Quote MistrezHermanaz 18-7-2024 12:48 AM
Nyanyi satu lagu je dh semput.. Kalau konsert, kene nyanyi byk lagu kak, camno tu
Quote elnor_81 18-7-2024 08:15 AM
Nk buat konsert??hahahaha!! Sore mengah..hauk...bru se lagu..dh mengah..x lyk lg buat konsert.
Quote fazila17 18-7-2024 08:21 AM
Konsert nyanyi ke pertunjukan sarkas?
Quote lasagna 18-7-2024 08:22 AM
sora tak seberapa, tp gedik yg lebih mana tak mengah walau 1 lagu..
byk nau ke lagu dia smp nk buat konsert?? xyh laa dik non.
Quote aemon 18-7-2024 08:28 AM
Who are yus sangat.stacy yg energetik time nyanyi pun x pernah berangan nk buat konsert.lagi berganda2 suara sedap dari ko
Quote nisako 18-7-2024 08:31 AM
wow
Quote kakakgarang 18-7-2024 08:36 AM
sori dek tade sapa nk dtg nnti.. huhu
Quote galleria23 18-7-2024 08:44 AM
perasan noo nak buat konsert, suara pun kelaut dalam antartika, ada hati nak berkonsert. tak malu...

kalau jadi juga buat konsert tu, confirm miming jek tu. guna suara live time nak bercakap dengan penonton jek tu kang.
Quote DeLuna85 18-7-2024 08:47 AM
Alamak… konsert gabung retis2 lain boleh kot.
Quote selipar_hijau 18-7-2024 08:52 AM
Kesian tak balik modal langsung apa yg dia buat
Quote BoongaKertas 18-7-2024 09:02 AM
konfiden sheols sama mcm konfiden level acik yg kuar court haritu catwalk lps cyber bully influenza indian lady tu. korang beli kat mana konfiden tu?
Quote anony-mous 18-7-2024 09:08 AM
Suara hauk nak mampos. Dah la xlayak menang no 2. Xpuas hati plk aisha retno n putera xmenang top 3
Quote anilanil 18-7-2024 09:09 AM
Patut fikir dulu pasal konsert sendiri sblm spend byk duit, masa & tenaga membazir join pertandingan tu. Nnt ikut suka mu la nak buat stunt, wardrobe, props apa pon. Btw suara dia takde la sehaus kaknab chipmunk. Lagu yg dia composed pon takde la bunyi cringe pelik mcm lagu terbaharu wany barista. Yg netizen tak minat tu laki dia. Mohon jgn menonjol sgt yer. Masih terbayang lagi muka laki dia buat benda bodoh gi siram air kat sarah hildebrand.
Quote Sendawg 18-7-2024 09:12 AM
Konsert ke atau sesi buat anak dengan suami depan khayalak ramai? Sbb tak habis2 brag about bersusah payah untuk buat anak kan.
Quote imanamsyar 18-7-2024 09:37 AM
ya ampun kakakkkk..your delulu is wayyyyy too much..

mmg ko patut xlayak pun kak dpt nombor 2.. nak buat konsert? hahahhhahahahaaa..laki ko je la kak yg beli tiket..hahahahaaa
Quote princessmiang 18-7-2024 10:43 AM
Suara mesin tebu ada hati
Quote cikatilia 18-7-2024 10:48 AM
miming aje la kan pastu main pedang mesin rumput semua sbb effort showmanship gituh
Quote Lulu_717 18-7-2024 10:55 AM
1 lagu pun  suara dah mcm chipsmore kejap ada kejap xde inikan pulak concert. NNti tiket xlaku meroyan mcm nek ani.

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.126627 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top