CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Skuad boling remaja wanita dinobat juara dunia

19-7-2024 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24511| Komen: 22



Kuala Lumpur: Skuad boling remaja wanita negara meraih pingat emas dalam acara berpasukan wanita pada Kejohanan Remaja Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Stadium Fiesta Asiad Bowling Icheon, Korea Selatan, hari ini.

Menurut laman https://www.abf-online.org, pasukan wanita Malaysia mempamerkan aksi cemerlang apabila menumpaskan Singapura 2-0, masing-masing dengan 221 dan 236 mata pada perlawanan pertama dan kedua manakala pasukan lawan meraih 211 dan 190 mata.

Skuad itu dibarisi Nur Hazirah Ramli yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini selain Adania Mohd Redzwan Anis Hannani Romzi dan Adelia Nur Irwan Syazalee.

Pingat emas itu satu-satunya pingat diraih kem negara sepanjang 12 hari kempen Kejohanan Remaja Dunia IBF yang berlangsung sejak 7 Julai lalu.

Mereka sebelum itu melangkah ke final selepas menewaskan pasukan Colombia 2-1 pada aksi separuh akhir.


Sumber: Harian Metro




Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrsamz 19-7-2024 08:29 AM
Tahniah.. Wira tak didendang ni..
Quote Neno90 19-7-2024 09:13 AM
Tahniah
Quote mejaputih 19-7-2024 09:16 AM
wah hebat...tahniah!
Quote Tinot7 19-7-2024 09:16 AM
Tahniah...
Quote hayrin86 19-7-2024 10:11 AM
Harus terkesan juga.. Tahniah..
Quote Bungatulip1171 19-7-2024 10:31 AM
Tahniah..dalam diam ubi berisi
Quote supernaturalee 19-7-2024 11:53 AM
senyap2 je dh jadi juara dunia
sayangnya sukan bowling masih belum dimasukkan dlm olympic
klu dak, merasa dh kot msia emas

Quote sayurmayur88 19-7-2024 02:26 PM
masa iolls kecik2, iolls suka tgk shalin zulkifli bertanding bowling.
klu skuasy plak - nicole david..
badminton - lee chong wei
Quote airfilterkotor 19-7-2024 02:29 PM
Potong jer la bajet sepakbola berjuta-juta tu dan agihkan kepada sukan yang underrated level world.
Quote Straya 19-7-2024 02:48 PM
supernaturalee replied at 19-7-2024 03:53 AM
senyap2 je dh jadi juara dunia
sayangnya sukan bowling masih belum dimasukkan dlm olympic
klu dak, m ...

Squash pun tak pernah masuk.Kalau tak,senang2 msia dapat emas since nicole david 10 tahun juara dunia.Breaking (breakdance) ada pulak include dalam olympic.Hawau betul
Quote supernaturalee 19-7-2024 03:21 PM
Edited by supernaturalee at 19-7-2024 03:23 PM
Straya replied at 19-7-2024 02:48 PM
Squash pun tak pernah masuk.Kalau tak,senang2 msia dapat emas since nicole david 10 tahun juara du ...

kannnn

lps ni masukkan sekali so you think can dance, dancing with the starsatau pun ape jgk jenis tarian


Quote HappyGumbira 19-7-2024 07:54 PM
Wahhhhh tahniah. Hebat...hebat
Quote TeropongThaico 19-7-2024 10:30 PM
Tahniah


Tak payah gaduh tak payah tunjuk lagak mcm yg satu tu. Senyap2 jd juara dunia
Tahniah tahniah
Quote dua_chzy 19-7-2024 10:42 PM
airfilterkotor replied at 19-7-2024 06:29 AM
Potong jer la bajet sepakbola berjuta-juta tu dan agihkan kepada sukan yang underrated level world.

Sokong!

Potong pehtu bagi kat sukan2 ni;

1. Golf
2. Archery
3. Bowling
4. Squash
5. Chess
6. E sport

Ha gitu je aku boleh list.
Quote airfilterkotor 20-7-2024 12:47 AM
dua_chzy replied at 19-7-2024 10:42 PM
Sokong!

Potong pehtu bagi kat sukan2 ni;

Golf...?
Quote Nenolen 20-7-2024 12:52 AM
Tahniah dik…acik pun main boling tapi level kg jer…
Quote manop 20-7-2024 09:02 AM
@nusaraya kok cemas..?
Quote dua_chzy 20-7-2024 12:07 PM
airfilterkotor replied at 19-7-2024 04:47 PM
Golf...?

Kasik je. Sebab hado chance pi dunia.
Quote lightheaded67 20-7-2024 12:18 PM
congratz gerlzzzzzz

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.044199 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top