CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mengaku ‘Buat Muka’, Scha Elinnea Pilih Diam Soal Tatu - “Bagi Orang Yang Tanya Pasal Tatu Di Badan Saya Pula, Saya Rasa Lebih Baik Tidak Jawab" ...

19-7-2024 11:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 44373| Komen: 78


TIDAK berdolak-dalih, pelakon Scha Elinnea mengakui ada melakukan pembedahan kosmetik bagi memiliki wajah yang sempurna.

Kata Scha atau nama sebenarnya Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen, 25, perubahan tersebut dibuat bagi meningkatkan keyakinan diri lebih-lebih lagi untuk beraksi di hadapan kamera.

“Tidak salah untuk kita buat benda yang buat rasa lebih baik. Sudah semestinya ada (perubahan wajah) tetapi ini tentang diri saya.

“Kalau nak menaikkan keyakinan diri, mengapa tidak. Asalkan tak kacau orang dan bila tengok cermin ‘aku rasa aku cantik hari ini’,” katanya kepada HibGlam semasa sesi fotografi drama Anak-Anak Mafia di Sri Pentas, Damansara, semalam.



Bagaimanapun, Scha enggan berkongsi mengenai tatu di badannya seperti dakwaan yang bertebaran sebelum ini kerana sedar akan kesilapan lampau.

“Bagi orang yang tanya pasal tatu di badan saya pula, saya rasa lebih baik tidak jawab. Mungkin semua orang pernah buat silap pada masa silam.

“Saya pun banyak buat silap dan cuba perbaiki diri untuk jadi lebih baik,” jelasnya.

Namun, anak jati Sungai Petani, Kedah itu tetap menerima dengan hati terbuka komen netizen selain menganggapnya sebagai teguran.

“Saya tidak boleh tutup mulut orang, sesiapa bagi positif atau negatif komen saya berterima kasih sebab kadang-kadang boleh bagi kesedaran buat saya.

“Saya tidak ambil hati pun. Mungkin orang lain punya pandangan begitu, ada orang buat baik pun tetap dipandang buruk,” ujarnya.

Sebelum ini timbul dakwaan perubahan wajah pelakon Hati Tanpa Rasa itu apabila pengikut mula menyedari perubahan wajahnya berbanding sewaktu kemunculan awal dalam industri seni.

Malah, dia juga sangat terbuka menunjukkan tatu pada beberapa bahagian badannya tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kekal ataupun jenis pelekat.

Sumber: HIBGLAM



Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My 

Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 19-7-2024 11:14 PM
since meols konpius, sheols ni ke yang ex mail izani, dan jua adik kepada biras jue evans tu? apekenama kakak sheols tu ye
Quote I.K.A888990 19-7-2024 11:19 PM
pergh jawapan kau
masa dia berlakon dlm cikgu terpaling A tu lawa je..
ni tgk teaser nuh nayla tu ya ampun mcm keras je muka mcm bibir tu nak meletup je tgk haha
dah mcm ikut acuan nadia sahab pulak
Quote JunkMail 19-7-2024 11:25 PM
Sukati kau lah dik..muka kau badan kau .. berlakon pun picisan je dalam industri setakat nak cari org spedo je kann
Quote jambatannetizen 19-7-2024 11:26 PM
Dia ini ada orang bela ke? Nampak mcm ye
Quote bitterchoc 19-7-2024 11:35 PM

Muka lama sheols macam mana? Ada sesapa simpan pic?
Quote aemon 19-7-2024 11:35 PM
Vibes mistress kuat sgt.then dia selalu tutup taik lalat kt tepi mata dia tu..mengganggu kecantikan kot
Quote belacan_gurl 19-7-2024 11:59 PM
Asal sungai petang kedah....
Quote anony-mous 20-7-2024 12:00 AM
BUROK GILA MUKA BARU KAU!!! XPERCAYA CUBA CARI MUKA LAMA DIA PUNYA COMEL, SKRG BIBIR MCM KENA SENGAT, TGK PON RASA JANGGAL
Quote anony-mous 20-7-2024 12:04 AM
bitterchoc replied at 19-7-2024 11:35 PM
Muka lama sheols macam mana? Ada sesapa simpan pic?

scha elinnea dulu - Google Search.png

scha elinnea dulu .png

Nah uols. Rupa latest boleh tgk nuh nayla. So distracting muka  buatan dia
Quote Mary_jane 20-7-2024 12:29 AM
Kalau ada masa gi tatap muka zac efron ye. Dah macam obses juga tu.

Benda ni lama2 jadi ‘penyakit’ sis sampai tak sedar dah overdo.

Masa tu menyesal pun tiada guna nya.
Quote Nozot 20-7-2024 12:38 AM
Tertengok drama dia the latest kat tibitigasuku , dah rupa ifa raziah junior...
Quote sfrnna 20-7-2024 12:59 AM
Meols x kenal dia ni.. awat p kat ig macam lawoo..tgk kat video macam rempitzz
Quote lolipopmanish 20-7-2024 12:59 AM
Terganggu tgk bibir beso she

Mcm kene sengat
Quote HappyGumbira 20-7-2024 01:34 AM
anony-mous replied at 20-7-2024 12:04 AM
Nah uols. Rupa latest boleh tgk nuh nayla. So distracting muka  buatan dia

Wpun vibe rempit tp still lawa muka ni bnding muka skrg tu
Quote doubleA 20-7-2024 02:24 AM
Pelik gila muka dalam nuh nayla tu memang fake sgt dah rupa zilabakarin tapi zila tu dah kertu. Ko muda lagi muka elok pergi repair went wrong terus
Quote doubleA 20-7-2024 02:24 AM
Asal sungai petani rupanya
Quote SalenaGomez 20-7-2024 03:24 AM
doubleA replied at 20-7-2024 02:24 AM
Pelik gila muka dalam nuh nayla tu memang fake sgt dah rupa zilabakarin tapi zila tu dah kertu. Ko m ...

SG akan terus teringat nadiya shahab, kalau tgk drama nuh n nayla tu

Actually nampak dia mcm ok la berlakon tp terganggu tgk bibir nya tu. Last lakonan nampak x real. Last malas nak tgk dah drama tu
Quote kaedahnya 20-7-2024 04:34 AM
budak ni ok je berlakon nak nak zaman belum buat muka tu & muka dia tak yah nak buat apa sangat pun. stok stok macam fatin afeefa gitu la kot. reason dia buat muka tu maybe dia yang tak confident dengan rupa paras or duit lebih tak tau nak buh kat mana.
Quote sabundettol 20-7-2024 05:13 AM
Tak cantik pun dik, believe me you only comforting yourself because you have made the wrong decision, now you have to own it up

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-9-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.062188 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top